SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, August 18, 2010

Hari ni berbuka makan mee kari kot.. Hehe..

Salam. Selamat pagi. :)

Oh... Hari ni aku rasa kureng sihat sikit. Tekak ni macam bengkak n kepala sakit. Dari petang semalam dah rasa dah. 

Semalam hujan lebat gila la. Memang lebat yang teramat lebat tu. Aku bukak wiper paling last pun still kekaburan. Sampai tak nampak jalan.

Ada pulak kereta depan aku ni dah tau hujan sampai nampak kelabu asap je pemandangan pun tak reti nak pasang lampu. Nasib baik aku bawak slow je. Kalau laju confirm tersondol la. Serius, kalau hujan lebat tolong la pasang lampu ye. Mata aku bukan mata superman.

Adik aku adelah tak pi keja hari ni. Sebab kawan yang dia slalu tumpang pi keja tu kereta dia rosak. Dah siap anggun ayu berbaju kurung. Nasib baik kawan dia call time tu baru sampai traffic light bukit raja. Kalau tak confirm menapir la ko kat Esso tu. Muahahaha!

Jadi dia dah merancang untuk masak mee kari hari ni. Hoyeaaahhh!!! Hoyeahhhh!!! :p~~

Mata aku dah pedih-pedih dah ni. Effect daripada sakit tekak n sakit kepala ni haaa... Sob.. Sob..

Ok, mari settlekan keja yang bertepek atas meja. :)




1 comment:

puterikurekure said...

oh! ktia pon teringin gile ok nak makan mee kari. baru cakap kat ibu semalam. hehe.