SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 3, 2010

Kurang darah ke?

Salam semua. Morning. :)

Dari semalam lagi 'M' besar dah hempuk kepala aku kan. Hari ni pun sama jugak. Tapi bukan tak ada sebab. Badan ni haaa... Rasa letih semacam je. Bila jalan tu kan rasa melayang-layang-layang. Fuh, macam di awang-awangan.

Hari ni pun. Letih sangat. Bangun tido pun letih. Rasa nak sambung tido je.

Aku rasa badan aku kurang darah la. Tetiba pulak suspek diri sendiri kurang darah. Hahaha! Aku suspek ni sebab masa preggy pun aku kurang darah. Sampai kena bebel-bebel dengan nurse. Padahal aku makan hentam segala kerang dengan bayam dah macam makanan ruji. Huhuhu...

Meh, kita tengok apa tanda-tanda kurang darah atau bahasa sains dia ANEMIA. Ni aku google k.

Tanda-tanda di jangkiti penyakit kurang darah:
1. Badan menjadi sangat lemah *aku rasa macam tu la sekarang*
2. Pucat dan pening kepala *bab pucat aku tak tau. Kena tanya orang yang dok mengadap muka aku. Tang pening ada la jugak.*
3. Selalu mengantuk *ini sangat nyata. Ke aku memang kaki tido. Muahaha*
4. Mudah terkena sakit atau demam ringan *setakat ni aku tak ada la demam. Since beranak hari tu ok je.*
5. Badan terlalu kurus dari yang biasanya *tak ada maknanya kurus senah oii! Tapi dah muat la 2 helai jeans lama. Haha!*
 
sumber : http://campursari.blogdrive.com/archive/2.html

Yeee... Sedikit ciri-ciri itu ada pada aku. Ke badan aku lemah sebab kurang makan. Tapi ada ke aku kurang makan? Hmmmm.... Aku cuma kurangkan portion je sebab ate diet kata kan.

Sekarang pun kalau boleh aku rasa nak tido dan tido dan tido... Arrrr.... Nak half day hari ni, boleh tak? ;p
 



3 comments:

Sharinginfoz said...

semoga kita diberikan kesihatan yang baik

Blog Sharinginfoz Dirompak

ejaMaria said...

ko tengah diet... sbb tu badan rasa tak seimbang... nnt ok la tu... tunggu amik masa nak sesuaikan keadaan je tu... :)

Intan Inn said...

kalau rasa mcm kurang darh maknlah kerang rebus...dulu kita preggy pun sama kurang darah..skrg pun sama juga..