SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, August 12, 2010

Tragedi di petang pertama Ramadhan

Salam. :)

Dah hari kedua Ramadhan. Semua ok-ok je semalam. Except 1 tragedi. Huhuhu...

Bukan la tragedi besar pun. Kecik je but still boleh panggil tragedi kot. Hahaha!

Aku telah dengan selamatnya mencalarkan bahagian depan kereta aku dengan bergesel dengan motor time nak balik keja semalam.

Aku tak tau la salah aku ke salah orang motor tu ke sebab kepala otak aku ni dah sangat stress pikir pasal function dekat Ijok yang sengal tu.

Semalam time balik jalan memang dah jammed la. Tapi jalan nak masuk ke Shah Alam tak jammed sangat. Jalan nak keluar dari Shah Alam dah macam tak gerak je aku tengok.

Aku ni ofkos la amik jalan nak balik ke Shah Alam.

Sampai kat bulatan stadium tu dah slow dah. Masa tu aku dah memang paling depan. Depan aku pun dah tak ada sesiapa. So, aku paling la ke kanan sambil press minyak slow-slow nak keluar.

Tetiba rasa macam apesal berat sangat kereta aku nak gerak ni. Aku pandang depan tengok ada mamat ni naik motor dengan bini dia la kot pandang kereta aku sambil marah-marah ye. Aku dah macam blur. Apesal pulak ko ni?

Rupanya berat tu pasal aku dah tolak motor dia. Tapi bila masa pulak ko ada depan kereta aku ni pakcik oiiii! Lepas tu marah-marah aku pulak.


Aku malas nak gaduh aku angkat tangan je la. Tu pun mulut dia dok kumat kamit lagi. Kalau angin meroyan aku naik mau aku keluar dari kereta kot menyumpah-nyumpah. Huhuhu! Tak apa... Bulan posa kena sabarrrrrr....


Bulan lain pun kena sabar jugak sebenarnya. Hahaha!


Salah aku ke sebenarnya sebab sebelum tu memang dah tak ada sesiapa depan aku sebelum aku keluar slow-slow tu. Ko nak selit sebelah kereta aku pun boleh kan. Pi pulak ko menyerah diri betul-betullll depan kereta aku. Lepas tu aku jugak yang kena marah.



4 comments:

Suliana said...

kasihaaaann..... :-) sabar2 ek bulan pose.. hehe

myz ramz said...

memang...kadang2 orang2 yang bawak motor ni main redah je...dah la x fikir pemandu lain...x fikir diri sendiri pon ye jugak...bila dah kena marah2 orang pulak...

aMiYs said...

su - huiii... istighfar byk kali smlm xnk mencarut.. hahaha!

myz ramz - btul la tu.. kuar x tgk kiri kanan bajet kita nmpk la kan... tu nasib baik press minyak slow2.. klu press laju2 dh slmt bwh keta kot...

puterikurekure said...

itula yang kita kadang2 geram tau. orang bawak motor ni ada jenis2 nya. jenis yang pailang bukan main tu pulak yang ramai. huhu.

ingat kita nak pandang diorang sangat ke? nak2 kat roundabout pulak, sah2 kita pandang belah kanan nak tgk kereta ada ke tak kan. haihh...