SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, August 2, 2010

Semalam yang sakit hati dalam bas

Assalamualaikum semua. :)

Morning all. Aku baru je abes meeting. Hari ni meeting bos buat laju-laju. Sebab ada meeting lain kejap lagi. Lepas tu bos nak pi mana tah. So, lega sikit. Banyak benda nak kena siapkan ni. Tapi sempat berblogging ek. Hahaha! ;p

Oh, aku baru je sampai Shah Alam pagi tadi. Naik bas ok. Naik bas. Sila la tepuk tangan dan bangga dengan aku. Sebab aku adalah sangat trauma nak naik bas. Takut oh dengar berita eksiden sana sini pasal bas ni. Dan aku sangat tak suka dengan servis bas.

Cakap pasal tak suka baru jeeee pagi tadi means malam semalam aku terkena dengan orang bas ni. Tiba-tiba pulak tiket aku tak ada rekod. Wadehel la kan. Aku dah duduk elok-elok nak suruh aku bangun tukar tempat sebab silap diorang.

Eh, sorry naik lorry. Ko explain la dekat aku seploh juta kali pun itu silap agen ada aku kesah? Sebab memang bukan silap aku n aku dah pun duduk. Nak suruh aku tukar tempat semata-mata nak bagi kat regular customer ko duduk lepas tu nak perosok kan aku kat celah bedah tu?

Bila aku marah-marah siap suruh aku jaga bahasa. Macam kan aku mencarut kat ko. Padahal aku cakap aku pun dah bayar tiket n sah-sah agen ko yang salah. Tak ada pulak aku nak maki hamun itu pun nak suruh aku jaga bahasa? Hell ok. Kalau budak tu dah naik dulu memang aku tak ada la nak hangen. Tapi budak tu dah la naik kemudian. Then, yang salah bukan aku. Lepas tu siap perli-perli aku dalam bas tu.

Memang aku tido dalam keadaan marah ye semalam. Sangat menyakitkan hati. Hish... Geram. Kalau tak disebabkan tiket tren abes tak ada maknanya aku nak naik bas.

Jadi peringatan kepada adikku, lepas ni nak beli tiket tolong la jangan lupa beli tiket pi balik ye. Karang aku bertukar jadi singa jadian kalau naik bas. Hahaha! Motif jadi singa?

Dah, nak sambung keja. Emosi sudah kembali seperti sedia kala. :)




No comments: