SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, November 8, 2010

Sakit Tekak Di Pagi Isnin

Salam

Selamat pagi semua.

Bersiaran dari opis. Macam tak biasa lak kan. Sebab aku nak online FB n segala mak nenek web social network dah tak buleh. Dah kena blocked kat opis ni. Tapi kalau bengang aku bukak aje broadband. Hahahaha!

Masuk je bilik kat opis terus pening. Meja bersepah gila. Sebab kelam kabut nak balik Khamis tu. Tumpang budak opis ke KL. Perlu ke nak berlenggang kangkung kalau dah nama menumpang. Tidak ye. Jangan buat perangai buruk itu.

Dah la nak dekat audit 5S ni. Bilik aku hapah aku tak nampak sebarang bentuk 5S. S ke 6 mungkin ade la iaitu SEMAK SAMUN. Huwaaaa!!! Nangis doh nak kena kemas bilik n nak filing semua benda kasik cun melecun. Kabinet aku tu dah macam sarang tikuih.

Tekak pulak tetiba sakit. Aku rasa berjangkit dengan budak bertuah Amir la. Aku balik hari Jumaat tu tetiba pulak tengok hingus meleleh je anak aku ni.

Hari Sabtu still hingus meleleh la. Tapi hari Ahad dia dah start batuk n pagi-pagi aku dah bau susu masam 1 badan sebab Amir muntah selambak atas aku. Huhuhu... Sebotol susu dia minum sebotol tu la dia lambak atas ummi dia. Nasib baik aku tak mandi lagi masa tu. Hahaha!

N aku sangat rindu kat Amir. Budak bertuah yang sangat cerdik n bijak sekarang. N manja sangat dengan ummi. Semalam lagi sekali buat ummi berjurai air mata. Sebab dia peluk n nangis-nangis tak nak lepaskan aku masa aku letak dia dalam kereta. T_T

Hoh... Semalam aku nyaris jadi ayam panggang dalam tren. Koc yang aku naik tu aircond rosak pulak. Ceh... Tapi tetiba pakcik inspektor tiket tu naik suruh tukar pi koc lain. 2nd class ye. Huhauahauhau! Bayar 3rd class tapi dok 2nd class. Jaki je adik aku tengok. ;p;p;p

Ok la. Aku ada banyakkkk keja nak kena buat. Nanti sambung cerita. Hahaha! Macam la ada orang nak baca blog sememeh ni. ;p

Tatitu.

1 comment:

puterikurekure said...

banyakkan minum air ye.
:)