SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, November 2, 2010

Mari Menguruskan Badan Dan Poket. Hahaha!

Macam dah bertahun pulak rasa tak update blog kan. Ngehehe...

Hari ni even bos sume tak ada tapi aku berdedikasi la jugak. Siapkan keja mana yang patut. Agagaga~~ Tambah pulak nak buat claim bulan lepas. Lagi la sangat excited buat claim sebab duit nak masyukkk... Hahaha!

Tapi duit tu aku nak simpan buat beli mesin jahit. Kata nak belajar menjahit. Kalau tak ada mesin nak belajar tang mana kan.

Eh, jauh aku merapu dah ni. Sebenarnya nak bagitau. Aku beli ini... :D:D:D


Gila semangat Timah nak kuruskan badan. Hahaha!

Maunya tak. Laki aku tu asal aku balik kampung je mula la keluar ayat menikam kalbu, hempedu, pankreas, eh semua la.

'Ummi dah gemuk la'

Huwaaaa!!! Perlu ke berkata begitu? Adekah begitu berterus terang? Maka perlu la mencari alternatif kekdahnya sebelum telinga aku ni jadi telinga gajah sebab asek dengar statement yang sangat sadis tu berulang kali.

Aku dapat semalam. N pagi tadi terus rasmikan.

Aku campur dengan susu. Rasa dia sedap la. Boleh ditelan. Sebelum ni ada member aku dermakan sebotol bagak besar slimming drink soya perisa coklat. Tapi aku langsung tak lalu nak telan k. Tak sedap! Dan botol itu telah selamat berakhir riwayat dalam tong sampah. Sebab dah expired n still ala-ala penuh lagi. Huhuhu... Sorry ye Benz. Sungguh aku tak boleh telan.

Ok, kalau dah amik benda ni harus la kan ko kena kontrol makan jugak. Tak ada gunanya ko telan benda ni sampai seratus sachet pun tapi makan macam naga jugak kan. Hahaha! Kejam ayat macam naga itu.

N tengahari tadi aku bermula menahan nafsu makan walaupun semua makanan nampak sedapnyaaa!!! Amik nasik suku pinggan je. Lauk pulak 2 jenis sayur. N sup ayam seketul.

Lebihkan sayur tak apa. Jangan lebihkan ayam ok. Tu dah ajaran sesat namanya. Wakakaka! Sampai bila aku boleh bertahan? Sama-sama kita saksikan. ;p

Petang ni ada lagi 1 sachet nak kena minum. Go! Go! Chaiyok!

Notatapaktangan : Aku nak buat 1 blog baru la nak pantau semangat kurus aku ni. Boleh gitu? ;p;p;p



5 comments:

PearlnScarf said...

cayo lah .. I pun minum benda nie jugak.. mmg kurus u .. asal minum air banyak2.. cuma masa raya i stop melantak mcmn anak gajah... haaa... lepas tue sedniri mau ingat la...
good luck anyway..

iNtAn aIzaN said...

warh chayok..chayok :)

aMiYs said...

fiza - pnh cuba ek.. ni yg lg smgt ni.. hehe..

ezan - yeaahhhh!! semangat... haha.. tq ye :)

benz said...

nookkkkk! aku mmg taleh telan yg aku bagi ko tu. motip x sedap kan?

konsep aku sekarang susah ati ka senang ati ka... tatap gomok! =))

aMiYs said...

benz - yeee.... mmg sgt x sedap... aku minum 2 kali terus surrender k... apesal la buat benda x sedap mcm tu kan.. agak2 ade ke org abes telan benda tu? huhuhu...