SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, December 21, 2011

Bertaklimat La Kita Sehari Ni

Assalamualaikum

Hari ni sehari suntuk aku ada taklimat. Keja aku ni memang asal hujung tahun kena buat taklimat untuk tahun depan. Tak cukup hujung tahun pertengahan tahun pun kena buat jugak padahal benda yang sama je.

Takpe la. Mengabeskan duit yang ada. Bukan duit aku.

So, pagi ni je la update aku. Tengahari ke petang ilek pocik la.

Semalam aku balik awal. Tengah-tengah jambatan boleh ada eksiden. 4 bijik keta sekaligus. Keta paling depan brake mengejut kot. Abes la keta belakang menyondol. Kat lane paling laju la kan.

Aku bawak lane tengah. Yang hanginnya diorang ni pun sibuk la nak slow tengok eksiden. Prihatin sungguh kan. Setakat nak tengok je tak payah. Tak sampai 1 km ada lagi eksiden. Pun stok sondol menyondol.

Pagi tadi pulak lagi la. Ada sebijik keta Merc lama ni. Aku tak tau la apa driver dia meroyan pepagi buta. Bawak laju gila. Dah macam nak langgar belakang keta aku tu. Lepas tu memotong pun ala-ala dah nak bergesel dengan keta aku je. Ko nak terberak ke ape??? Sampai traffic light merah tau pulak berenti. Aku ingat ko nak langgar je. Takut jugak rupanya. Tadi dah macam tak takut mati sangat.

Lepas tu aku nyaris dilanggar dari depan pulak. Dek keta stok-stok Hilux gitu. Boleh pulak ko dah nak nampak aku ni makin dekat ko nak potong jugak motor yang lembap tu. Tunggu aku blah dulu boleh tak. Nyaris aku nak terbabas masuk bendang. Kot tak ada masuk berita hari ni keta masuk bendang kerana mengelak keta lain memotong.

Memang scary la hari ni. Ok la, aku nak pi taklimat. Tunggu abes ngepam sat.

Tata~~

No comments: