SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, October 7, 2014

Berat Sebelah...

Selamat pagi Selasa. Aku ingat hari ni Isnin. Lupa pulak semalam Isnin. Cuti kan so ingatan terbabas sikit. Aku kepenatan sebenarnya ni. Tapi datang opis gak. Gigih ko bos aku sms pukul 3 pagi tadi kata dia nak buat meeting.

Semalam buat kenduri korban n aqiqah Amir n Hana. Buat kat rumah Tok Anjang diorang sebab buat ramai-ramai 1 family Abang Misai. Aku datang buat muka selenga je. Nak tolong tengok ramai nau manusia kat dapur. Sampai 4-5 orang semua potong tomato nak buat air asam. Aku nak tolong takde pulak lapik pemotong tu. Ahkak tak cekap nak hiris gitu je. Kagum je tengok orang yang main hiris tak ada lapik ni.

Hana pulak keja asek melekat aje dengan aku sepanjang kat dapur tu. Terus blah pi depan suap budak bertuah tu makan bihun goreng. Nasi dengan lauk orang laki masak.

Tekak aku still sakit lagi ni. Malas nak cari klinik yang bukak time raya haji. So, makan apa pun takde rasa nikmat la. Nak telan air liur sendiri pun sakit. Allah tarik kejap nikmat menelan tu.

Kat rumah mak n kakak aku pulak semua stok sakit mata. Siapa rasa nak mc lama boleh mai singgah rumah diorang. Hahahaha! Termasuk la aku yang dah takde rasa nak keja ni. Dah la petang Jumaat lepas aku dah jadi singa kelaparan. Sorang pegawai kena amukan aku.

22hb kan aku pi seminar kat KL. Kat opis lak sampai la ada surat kolej mana tah nak datang buat lawatan kekdahnya. Aku memang tak tau menahu pasal lawatan kolej ni. Sampai la petang Jumaat lepas. Pegawai tu masuk bilik aku n bagi surat jawapan pada kolej tu n letak nama aku untuk sebarang pertanyaan. Dah la badan tengah dedar-dedar panas, tekak bengkak. Ko bawak pulak perkhabaran tak tau hujung pangkal letak nama aku kat surat suruh jawab. Memang mendapat la.

Benda tu patut dia handle. Tapi dia naik pangkat pi HQ time lawatan tu nak buat. So, timbalan baru masuk letak nama aku la. Eh... Motip sangat keja aku asek sambung keja dia yang tak abes. Hari tu dah buat aku kelam kabut cari peserta seminar padahal dia yang handle. Ni kenakan aku lagi. Memang aku bertempik dalam bilik la Jumaat tu. Dia buat muka blur terus balik bilik dia. Lepas tu call aku balik n kata lawatan tu admin urusetia. So, if admin urusetia kenapa letak nama aku? Bila aku tanya apesal tak letak nama pegawai admin dia boleh terus letak fon. Memang hilang terus kesabaran aku.

Ada jugak orang macam tu. Aku punya la banyak keja lagi bersusun nak kena buat ni. Aset yang berlambak tu aku nak kena check. Kursus bebudak opis aku nak kena handle. Aku jugak yang kena jadi ketua KIK. Tetiba benda macam ni pun tuju kat aku. Macam aku sorang pulak yang keja dalam opis ni. Benda admin pulak tu aku pegang. Boleh la kot tutup je admin tu. Geram pulak aku.

Ok, sesi melepaskan perasaan sangat hari ni. Aku tak ada masalah sangat sebenarnya nak buat keja apejadah semua ni. Tapi pliz la jangan berat sebelah. Cuba tengok beban kerja orang tu sebelum bagi kerja lain. Compare la dulu dengan pegawai lain yang keja ringan-ringan je.

Memang betul-betul buat aku demotivated nak keja. Orang kata jangan berkira. Ikhlas la apa semua. Kesabaran orang pun ada limitnya. Kesabaran aku ni memang dah agak limit la ni. Aku rasa kalau overlimit ni confirm aku menjerit macam orang gila dalam opis.

Dah tak tau nak comfortkan diri macam mana lagi.

T_______________T

 

No comments: