SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, September 29, 2014

Drive Sorang Ke KL.. Satu Kemajuan...

Ketahuilah mood aku memang tak ok langsung dari minggu lepas. Murung aje ni. Susah hati tak abes-abes. Down the drain...

Dah la hari birthday sendiri pun tak celebrate. Kena pi seminar sorang-sorang kat KL. Aku drive sorang-sorang ye pi KL hari Ahad minggu lepas. Laki aku dah la tak ada. Kena pi operasi. Aku mintak excuse pada bos pasal anak aku takde orang nak jaga malam. Punya la hati kering dia tak bagi. Sebab dia nak kipas KP aku la jadi mangsa.

Aku benci ok dengan manusia tak ada hati perut ni. Sebab ko nak puaskan hati orang lain nak dapat nama ko buat orang macam ni. Tak apa. Nanti Allah balas. Tak payah nak samakan condition ko dengan orang lain ye. Laki ko tak keja so ada la orang nak jaga anak. Aku yang laki bini keja ni mintak consideration sikit pun tak ada empathy langsung.

Terpaksa la tumpangkan anak-anak kat rumah Toksu diorang untuk 3 hari 2 malam. Nasib la diorang tak buat perangai lepas dipujuk-pujuk. Haih... Sedih... Patut la ada orang nekad berenti keja walaupun orang kata keja gomen ni terjamin ada pencen bagai. Mana ada keja gomen ni relax.

Drive sendiri n stay rumah adik aku kat Shah Alam. Seminar dekat INTAN KL. Masa drive ke KL tu aku dah plan nak stop RnR Tapah. Sekali nangis je la ko sampai Tapah. Tak ade parking! Penuh! Terketar lutut aku terus drive pi Shah Alam. Malas nak stop mana-mana dah. Nasib la tak mengantuk.

Tapi time balik memang aku stop kat Tapah. Sebab mata dah kuyu. Jenuh besorkan mata tau. Pulak tu dah sampai Penang baru la terbaca yang viral dalam fb pasal peras ugut kat RnR Tapah tu. Syukur Alhamdulillah Allah lindungi aku sepanjang pi dan balik. Hujan lebat kat kebanyakan tempat. Masa pi pun hujan, balik pun hujan. Tapi aku tengok bas memang drive laju nok mapuh. Aku pecut 110km/jam diorang lagi laju dari aku. Agak-agak berapa km/jam diorang bawak kalau boleh potong aku yang bawak maksimum kat hiway ni? Hahahaha! Tapi takde la all the way aku bawak 110. Masa nak memotong je.

Ok la. Nak sambung buat keja. Banyakkkkkk sangat keja ni. Dah la tetiba HQ nak buat meeting Jumaat ni. Macam biasa aku kena hayak jugak. Ni lagi satu. Dah tau weekend tu raya haji apa ke gila sangat nak buat meeting Jumaat. Stress aku tau. Tunggu emel tangguh meeting je ni. Ramai orang dah cuti kot time tu. Meeting kat Putrajaya pulak tu.

K, bye. I is stressed...

 

No comments: