Assalamualaikum
Hari ni rasa tak sedap badan. Seram sejuk je. Dari semalam lagi dah rasa cenggini. Macam nak demam. Nak selsema. Kepala pun sakit.
Aku rasa mesti menjangkit dari budak bilik aku ni. Minggu lepas aku tengok dia srot sret bukan main. Time meeting pulak dok sebelah aku. Elok sangat la tu kan.
Dah la Jumaat lepas tu Amir demam. Siang badan dia dedar-dedar je. Tapi aktif macam biasa. Malam time nak tido tu panas. Tapi dia tak merengek apa pun. Just bubuh towel lembap kat dahi n dia tido macam biasa. Bagitau Abang Misai malam tu pukul 12 tetiba je call kata suruh bukak pintu.
Amboi... Kalau anak sakit laju je dia balik. Cer kalau aku bagitau aku demam. Aku nak tengok dia balik ke tak. Amir tu aku rasa demam rindu kat abah dia. Elok je abah dia balik siang tu terus sihat, badan terus tak panas. Hmmmm.... Anak abah betul.
Dah la kejap lagi ada meeting. Malas betul nak masuk. Huwaaaa!!!
No comments:
Post a Comment