SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, October 25, 2011

Sila La Bersabar Menempuh Jammed Di Penang Ni

Assalamualaikum

Awal gila aku sampai opis hari ni. Either aku yang awal or orang lain yang lambat. Ahahahaha! Bengong sekejap.

Aku keluar macam biasa je. Tapi jalan agak lengang. Ramai dah cuti sambut Deepavali kot. Biasa la kat Malaysia ni, raya orang lain pun kita cuti jugak. Kalau time aku dok Shah Alam dulu confirm aku orang pertama apply cuti dari start Deepavali sampai hari Ahad. Macam kan aku yang nak sambut Deepavali tu. Warna kulit dah iras-iras dah. Huhuhu...

Jalan lengang di Penang adelah sorga ye kawan-kawan. Kalau tak asal time balik keja je mula la mulut aku ni menipiskan pahala yang dah memang tak banyak tu. Asekkkk la nak memaki sorang-sorang.

Balik keja semalam aku kagum. Tak jammed. Siap boleh singgah pi sana sini. Kalau tak jangan harap la. Keluar opis sharp pukul 5, confirm ko sampai rumah pukul 7. Lagi parah pukul 8. Macam nak pi Ipoh dah. Ke atas lagi dari Ipoh?

Mana tak aku memaki. Kita ni dah la penat. Bawak keta manual. Gear paling tinggi aku boleh bawak gear 3 la kalau time jammed tu. Lepas tu ramai la insan-insan yang sangat la 'bijak' potong q ko yang dah lama berbaris nak masuk jalan. Suka suki mak pak dia je selit masuk ikut lane kecemasan. Lagi 1 kalau kita dah masuk jalan tu yang bercabang 2, ntah dari mana ko datang terus masuk ikut kanan n himpit-himpit macam kan aku yang potong q ko.

Kalau keta ko kancil aku heran apa ko nak menyelit. Ni bawak sebagak-bagak keta. Keta mahal-mahal. Sah-sah la ko bawak auto. Tak reti nak sabar kot. Ke dah nak terberak sangat? Lain kali buat la jamban dalam keta tu. Apa guna bawak keta mahal. Kasi modified la.

Heh, pagi-pagi dah meluahkan perasaan. But for sure, sesiapa yang nak dok Penang ni kuatkan la iman anda untuk mengadap jammed yang maha dahsat ni. Hari Jumaat je dari opis sampai lepas jambatan la dia punya jammed. Cramp kaki aku.

Kesian kat bebudak tu la nunggu omak eh lambat bonar nak ngambik. Terbayang aku Amir dok depan pintu gril rumah Toksu dia sambil tengok keluar. Jengah-jengah mana la ummi tak sampai-sampai lagi. Semalam aku amik dia awal siap menari-nari depan pintu. Hikhikhik... So cute. Tapi balik jadi tarzan la ummi eh.

Ok la, sebenarnya banyak lagi nak taip. Banyak pulak benda dalam kepala otak ni mencurah-curah nak keluar. Tapi dan-dan tu terlupa. Al-maklum la lepas beranak ni. Ai jadi sangat pelupa.

Nanti la, kot dah ingat aku taip balik. Ni pun dah panjang berjela. Macam la ada orang nak baca kan. Konon cecita masa kecik nak jadi penulis novel. Muakakakakkakakakaka! Panjang gelak aku.

Dah, entry ni takde penutup. Papai!

No comments: