Assalamualaikum
Monday morning semua. Hari ni tak berapa blues kot. Hahaha! Sebab pikir hari Rabu ni nak cuti. Pagi tadi pun jalan tak jammed. Maybe sebab ramai yang sambung cuti sampai hari Rabu.
Tapi tak blues pun agak tunggang terbalik la aku pagi tadi. Sakit perut. N semenjak 2 menjak lepas beranak ni aku mengalami masalah nak berak. Huhuhu...
Jijiks sungguh entry di pagi hari kerana berbicara soal berak. Pada yang rasa dia penggeli jangan la baca.
Serius aku susah gila nak berak sekarang. Macam mengalami problem time nak meneran. Aku rasa aku trauma la pasal teran baby hari tu. Terus effect kat salur usus ni haaa. Kalau dok dalam jamban lama-lama tu mak mertua aku dah confirm tau tu aku. Kadang-kadang dekat setengah jam aku berkampung dalam jamban tu je.
Merana okeh. Bila ko rasa nak berak tapi tak boleh berak. Tak nak keluar apa pun. Tapi perut memulas gila. Pagi tadi macam tu la. Dengan usaha gigih aku berjaya memendekkan masa dalam jamban kepada 15 minit. Masuk 6.05 keluar 6.20. Lepas tu kelam kabut siapkan anak-anak.
Dengan Amir tido lagi tak nak bangun. Semalam aku nak tido lama sikit dia sibuk pulak bangun awal kacau adik dia. Hana pun tak bangun. Nasib la baju semua dah bergosok, barang pun dah ada dalam beg. Tinggal nak bubuh ice pack je dalam cooler bag semua.
Campak-campak semua barang dalam kereta. Start enjin. Elok aku nak pi hangkut bebudak tu Amir dah jalan keluar dari rumah. Pandai pulak tu dengar bunyi kereta terus bangun. Hana pun tak meragam. Terus 6.40 berdesup ke rumah Toksu.
Itu la rutin aku sekarang. Hari minggu jangan cerita la. Dengan aku sorang menguruskan anak-anak bertuah tu. Laki aku tak balik lagi. Ada la balik kejap-kejap tunjuk batang hidung. Jadi tarzan aku hari Sabtu tu tau. Hari Ahad bawak dia pi rumah kakak aku dok senyap-senyap main dengan sepupu dia. Sangat penat.
Tu baru anak dua. Dah separuh sewel. Huhuhu... Macam mana mau tambah lagi? ;p
2 comments:
ada masalah usus - minum probiotik... gi beli kat farmasi... anak akak pun doktor suggest minum benda ni... klu duit banyak beli Yakult utk minum tiap-tiap hari - Yakult shj tau... brand lain tak sure fungsi ok ke tak...
anak akak ada amik satu suplemen probiotik utk sistem penghadaman tp tak ingat la brand dia... tu yg doktor suggest... skrg ni ok la dia... tak la merana bila ke tandas...
amiys minum phyto fiber.. nanti senang membuang dan tak sembelit.. sebab eida pun ada masalah tu dulu.. alhamdulillah dah ok
Post a Comment