SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, October 6, 2011

Semua Nak Last Minit!

Assalamualaikum

Baru tidokan tuan puteri Hana. Tengah aku bercakap dengan nurse klinik desa kat fon tadi dia punya melalak hadoi la. Macam kena pukul. Kalau nurse tu dengar ada dia ingat aku dera anak pulak. Oh, pe'el si Hana kalau nak tido memang macam tu ye. Mengamuk melalak macam kena pukul. Nak kena goyang-goyang, enjut-enjut baru la senyap. Kalau berenti enjut siap la. Keluar lagi suara merdu oktaf ke 7 dia tu.

Aku kalau boleh tak nak biasakan dia berbuai. Tapi apelah daya. Family laki aku biasa berbuaikan anak ni. Ikut je la. Banyak cakap karang jadi lain pulak.

Haaa, nurse tu call sebab nak suruh aku pi klinik kesihatan. Appointment dengan doc since aku nak amik perancang. Dah la bagi tarikh 20hb. Aku baru start keja 18hb tu. Berbulu la aku. Awal-awal tak nak bagitau kena pi jumpa doc. Takkan baru start keja dah nak kena cuti pulak.

Aku mintak awalkan dia kata tak boleh. Boleh jumpa doc hari Khamis 20hb je. Khamis next week dah penuh. Dia suruh aku mintak time slip. Amboi laaaa... Macam dia kenal je bos aku. Sedangkan aku pi jumpa doc masa checkup dulu pun bos dah bising. Ini baru start keja balik dah nak cuti or masuk lewat. Tekanan betul.

Tambah tekanan staf aku semalam baru call. Bagitau esok last hari hantar SKT guna HRMIS. SKT tu awal-awal aku dah buat. Tapi opis lama punya SKT la. Dah nak kena call orang sana sini. Call CC kat opis pun dia tak tau. Hangin ok. Ni aku nak kena hantar SKT kat opis lama ke baru ni. Aku bakor kang!

Dah pukul 4 lebih. Esok je la aku call opis tanya. Pagi tadi dah tanya tak tau. Apa yang tau?

No comments: