Assalamualaikum
Semalam adelah pemalas nak update. So, baca blog orang lain di samping buat keja. Pagi tadi ada meeting. Tu yang semalam tunggang terbalik aku buat slide. Tetiba pulak staf aku cakap diorang nak suruh present report dari bulan 1 sampai 9. Patutnya pagi tadi ada 2 meeting la. 1 meeting pengurusan, 1 lagi teknikal. Meeting teknikal yang kena present tu.
Tapi meeting teknikal bos delay. Isnin depan pulak. Sebab staf ramai yang bz nak family day esok. Nak balut hadiah segala. Aku tak pi la family day tu. Sob... Sob... Dah la start awal. Kat mana hala buat pun aku tak tau nak pi. Dengan aku sorang nak membawak 2 orang anak bertuah. Tak terlarat dek non.
Oh, aku sudah berjaya mengorder pam idaman. Nguahahahaha! Jumpa Abang Misai tadi dia tanya jadi ke beli pam. Ofkos jadi. Dah order n bayar pun. Tunggu sampai depan pintu rumah saje. Huahuahaua!
Esok sampai kot kat rumah akak aku. Ngehehehehehe... Tak sabor. Abang Misai tadi selamba je cakap,
'Setakat susu berapa titis tu nak beli pam mahal-mahal.'
Ehhhh... Suka hati ai la. Duit ai okeh. Untuk anak dia jugak. Si Hana tu dah la peminat setia susu ummi.
Abang Misai tu ada operasi lagi sebenarnya. Mana dia balik rumah. Kalau free je dia jumpa aku kat opis. Nasib la opis dekat. Di samping memberi baju kotor untuk dibasuh. Harggggghhhh!!!!
Bila awak nak balik ni bang? Anak-anak dah rindu ni. Padahal bini dia yang rindu lebih. Muekekekeke...
No comments:
Post a Comment