Hari Jumaat dah ye. Esok cuti. Mengabeskan masa aku dengan mendobi, mengemas n melayan anak-anak bertuah 2 orang tu. Abang Misai bawak balik 1 plastik baju kotor dia suruh aku basuh. Huhuhuhu....
Pagi tadi Hana bangun awal. Pukul 5 dah bangun. Terkedip-kedip mata. Lepas tu menggeliat cakar muka umi sana sini. Sampai la 5.30 dia terbuntang lagi so aku tinggal kejap n pi mandi. Rupa-rupanya nak uh-uh. Awal sungguh membuang ye Hana.
Abang Misai balik malam tadi. Sebab kapal problem. So, pagi ni ke opis balik la dia. Bagus la balik. Si Amir malam kelmarin mengigau-ngigau sebut abah. Rindu sangat kat abah dia la tu. Abah dia kan rajin nau menyakat. Cerita pasal kambing kena hujan pun Amir boleh nangis. Hahaha! Hati tisu sungguh la anak aku ni.
Pasal gaji tu diorang lambat settle pasal pertukaran aku. Natijahnya aku la kena tanggung. Masuk gaji lambat. Harghhhhh!!!!
Oh, ada komen dari anon untuk entry ni.
Anonymous said...
Hehehe.. Macam comel je soalan kan. Pakai baju la dik. Ahahahahahahahaha! Pang sedas!
Aku agak confuse nak jawab ni tapi aku jawab la jugak ye. Sebab aku buat PAP SMEAR kat klinik desa je. Aku pi klinik pakai la baju apa-apa pun. Nak lagi senang pakai kain. Tak payah ko nak bukak-bukak macam pakai seluar.
Disebabkan masa tu aku pakai seluar so nurse suruh bukak *spender tu bukak la sekali kan* n dia bagi aku kain putih untuk cover. Kalau kat hospital or klinik lain aku tak tau la macam mana. Takde la sampai berbogel semata-mata nak buat PAP SMEAR kot. Takde sape nak tengok perut gendut aku ni. Hahahahaha!
Adekah sudah menjawab soalan? Puas hati? Hehehehe....
Ok la. Aku nak pi beli breakfast. Lapar la pulak.
No comments:
Post a Comment