Hari ni dah masuk keja balik setelah cuti dengan lamanya. Rasa macam tak nak pi keja pulak. Mengulit anak-anak adalah best walaupun kadang-kadang aku bertukar kehijauan. Hahaha!
Pagi tadi pun aku memecut pi keja ye. Semua gara-gara Cik Ti. Siapa Cik Ti. Sila lihat gambar di bawah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Iyeee..... Tikus ye kawan-kawan sekalian. Bukan tikus belaan ni. Tikus ni menyakitkan hatiku. Huhuhu...
Oh, jangan la menuduh sebarangan bahawa rumahku kotor maka tikus berleluasa. Aku pun tak faham mana datangnya tikus ni sebenarnya. Banyak kali dah pasang perangkap but still ada jugak. Kalau malam tu boleh dengar la mereka berlari dengan gembiranya kat atas siling rumah ye.
Maybe sebab rumah teres kan. Jadi sesuka hati la tikus tu nak masuk rumah sesiapa je. Beg angry bird Amir pun tikus jahat kokak. Abes koyak. Hish... Amarah sungguh tau aku.
Ceritanya pagi tadi aku bangun nak mandi. Masuk-masuk bilik air tetiba aku terperasan sesuatu belakang pintu. Berbulu-bulu. Basah pulak. Pastu berdecit. Aku dah terlompat. Nasib baik la aku tengok dulu. Kalau aku terus tutup pintu sure aku dah melompat masuk kolah n menjerit kejutkan seisi taman. Muahahaha!
Aku pi bilik kejutkan laki aku. Aku cakap ada tikus. Dia pulak macam bengang-bengang aku kejut dia tido. Eh... Ada aku kesah. Sila halau tikus tu secepat mungkin ye.
'Ala, pi siram je tikus tu. Sat lagi dia lari la.'
'Dah... Takde... Takde.... Pi abang halau sekarang.'
Suka suki je laki aku suruh siram. Nak dekat pun aku geli.
Rupanya laki aku ni cakap je lebih. Dia pun penggeli jugak. Ntah hape-hape. Dok ketuk-ketuk tikus tu dengan kayu last-last dia panggil anak buah dia suruh ketuk. Chait! Apada.
Tikus tu akhirnya terkorban jua. Laki aku cakap maybe dia terkena perangkap tapi dapat lari. Dah cedera tu lari masuk bilik air pulak.
Dah tak pasal-pasal aku lambat pi keja sebab lambat masuk mandi. Tunggu laki aku kutip tikus lagi. Buang air dalam kolah lagi. Kot la kan tikus tu dok berenang dalam kolah. Tu yang basah badan dia. Eeeee.... Aku memikir kencing tikus je. Bahaya nok.
So, buang air kolah la. Biar kolah tu kosong baru aku mandi guna shower tak jadi laki aku. Apesal aku kata shower tak jadi. Sebab air tu keluar macam air paip biasa je. Takde macam air hujan tu. Laki aku buat macam mana tah.
Eh, macam mana nak bagi rumah tak didatangi tikus aaa. Aku dah tensi tau. Asal aku basuh pinggan mangkuk je dia dok sembunyi celah rak pinggan tu. Lepas tu melompat naik atas bumbung guna tingkap sebelah sinki. Mau sakit jantung aku terkejut.
Nak letak racun macam tak sesuai. Sebab ada budak kecik kat rumah. Karang dia ingat jajan dia pulak. Nak taruk atas siling racun tu macam tak praktikal. Karang mati kat atas tu busuk membangkai la pulak.
Ada cadangan bernas tak?
No comments:
Post a Comment