Assalamualaikum
Takde idea nak update apa. So, senyap sunyi ni baru nak update.
Aku tengah tension ni. Sebab susu badan adelah sangat sikit. Sadis tau. Memang la Hana dah campur susu since aku start keja. But seboleh-boleh aku nak dia minum susu badan time aku ada.
Kat tempat keja tetiap kali pam dapat tak sampai 3oz pun. Aku pam banyak kali la. Pukul 8, 10, 12, 2 n 4. But still sama je la output dia. Paling banyak aku dapat bawak balik adelah 9 oz untuk keseluruhan sesi perahan. 9oz tu aku bahagi dalam 3 botol. Kira-kira sebotol 3oz la. Kalau tu pun tak reti kira sila pi balik sekolah rendah.
Bila time Hana dok menyusu pulak kalau tetiba dia tengah gayut lepas tu dok melalak tu tau dah la kenapa. Terpaksa la aku membancuh sikit dalam botol. Nampak je botol tergedik-gedik dia tarik botol tu masuk mulut dia. Bijak sungguh. Siap pegang botol sendiri.
Jadi aku adelah sedih ye. Nak kata aku berdiet tak ada pun. Makan still macam biasa. Adekah sebab aku amik perancang maka susu aku adelah tak meriah? Oh, aku amik regulon. Tak amik noriday sebab nurse tak nak bagi noriday since aku bagitau aku dah campur susu.
Bagaimanakah mau bagi susu aku ni banyak haaa?
Tekanan.
-__________-'
No comments:
Post a Comment