Semalam pi hospital. Check up susulan Amirah Raihanah pasal spina bifida tu. Awal-awal pagi dah bangun n mandikan dia. Abang Amir dia pun ikut sekali. Tapi Amir pagi semalam adelah amukan. Menjerit-jerit tak mau mandi. Sudahnya Abang Misai angkat terus bawak pi bilik air. Dapat main air senyap pulak. Drama king betui tau.
Pi awal sebab appointment pukul 8. Di samping mengelakkan diri daripada terpusing-pusing dalam kawasan parking tu. Lewat sikit je parking penuh. Pasal ramai orang dok parking keta lepas tu pi keja tumpang keta kawan or naik bas.
Sampai je orang tak berapa ramai. Amik nombor, ukur panjang n amik berat lepas tu tak sampai 10 minit dah masuk jumpa doktor.
Doktor kali ni muda belia. 1st appointment jumpa doktor tua, dah otai. Hahaha! Doktor ni pun tengok-tengok lepas tu dok acah-acah Hana. Dia kata setakat ni nampak ok. Tapi still kena buat check up susulan lagi. Bulan 6 nanti. Nak tengok perkembangan dia dah boleh duduk, berdiri, berjalan segala.
Jumpa doktor pun kejap je. Tak sampai pun 15 minit. Tapi tunggu dapat next appointment tu punya la lama.
Kesimpulannya, semua nampak ok. Tapi still kena tunggu Hana besar untuk tengok perkembangan dia.
Kita tunggu bulan 6 nanti.
No comments:
Post a Comment