SaYa SayaNg AnDa :)
Tuesday, January 3, 2012
Amir terjatuh
Assalamualaikum
Semalam kitorang anak beranak keluar pi tesco. Saje la pi jalan-jalan. 3 hari dok rumah je. Keras aku kat rumah.
Shopping la sikit. Belikan amir ribena kotak. Dah dok merayu-rayu nak ayaq na. Beli la untuk dia.
Balik rumah memang tak menyempat la nak air tu. Abah dia lak kuat menyakat anak sendiri. Aku memang hangin la dengan abang misai. Anak tu jadi baran baru tau.
Abah dia dok sakat. Dia pun lari kejar. Bedebuk jatuh kepala terhantuk tepi pintu. Melalak sekuat hati. Tengok-tengok kepala bengkak.
Memang berbulu la aku tengok laki aku. Tau lak cuak. Aku pun dah berderau darah. Dok perati takut jadi apa-apa.
Setakat pagi ni dia elok je main. Kesian tengok amir. Sapu minyak gamat je.
Laki aku tau aku marah tu. Konon dok buat lawak semalam. hoh! Geram btui la.
Posted via MyAndroid
Labels:
Amir Sayang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment