SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, January 18, 2012

Merisaukan Si Kecik

Assalamualaikum

Hari ni rasa macam malas je nak pi keja. Si Hana badan rasa macam dedar-dedar nak demam je. Semalam kan cucuk. Tido pun dia macam tak lena. Kejap-kejap terbangun. Dah la tido bukan main lasak lagi. Selalu Abang Amir dia la jadi mangsa kena tendang.

Masa hantar rumah Toksu pun dia tak bising macam selalu. Dengar bunyi dia menguap sampai 2-3 kali. Sampai rumah Toksu tengok dah terlelap.

Tak sedap badan agaknya. Kesian Hana. Setakat ni dia tak pernah demam lagi. Selsema hidung berhingus ada la. Tapi badan tak panas.

Takpe la. Hujung minggu ni cuti sambung cuti CNY. Lama sikit Hana dok dengan ummi ye.

No comments: