Assalamualaikum
Hari ni aku lambat lagi. Lagi 7 minit lewat confirm merah la punch card aku. Pagi ni bukan sebab Cik Ti. Tapi sebab Amir.
Ntah apa angin dia pagi ni tak nak keluar dari keta bila dah sampai rumah Toksu dia. Melalak-lalak nak ikut aku. Ingat aku nak pi jalan-jalan kot. Huiii... Jenuh la kena pujuk. Semua tak jalan. Bagi coklat dia amik tapi tak nak keluar. Akhirnya Toksu angkat je keluar dari keta.
Dia punya meronta tu adoi laaa.... Ummi nak pi keja la sayang. Selalu takde la buat perangai. Hmmmm... Nak kena bawak jalan-jalan kot.
Hari tu yang aku gi menyopping tu bawak dia la. Hana tinggal dengan Toksu. Punya la seronoknya dia berlari ke sana sini. Kena pulak ada kawan. Anak-anak kakak aku ikut sekali. Makin lincah la.
Tapi aku la yang tak dapat nak beli barang aku. Terbeli handfon baru je. Eh... Heheh... Asal aku masuk kedai nak pilih kasut dia tarik ajak keluar. Masuk kedai baju pun tarik tangan ajak keluar. Dia nak ikut kepala dia je. Nak ajak aku naik escalator. Suka sangat dengan escalator tu.
Tengok petang ni amik dia macam mana. Merajuk tak dengan ummi.
No comments:
Post a Comment