Assalamualaikum
Baru lepas mengalih keta masuk parking. Setelah ditelefon oleh pak guard yang baik hati. Heheheh....
Aku masuk lambat pagi tadi. Bawak Hana comel tu pi cucuk. Pi cucuk tak ada la lama mana. Tapi aku masuk opis lambat. Jammed yang dahsyat ye. Start dari aku masuk hiway sampai ke tol jambatan. Keluar aje tol hek eleh.... Tak jammed pun.
Berat Hana turun la pulak. Adudududu... Turun dari 6.2kg bulan lepas ke 6.1kg bulan ni. Mana la tak turun. Melasak bukan main. Gembeng pun boleh tahan. Tak boleh ummi dia jauh sikit. Nangis macam kena dera. Orang lain pegang pun tak nak. Mau ummi saje. Oh, anakku. Macam mana ummi nak pi kursus macam ni....
Sampai opis parking pulak takde. Terpaksa la aku yang bijak ni block keta orang. Agak-agak orang tu tak boleh lepas aku dah tinggal name card kat dashboard. Pandai-pandai la call. Siap pesan lagi kat guard. Kalau ada apa-apa sila calling-calling. Hehehe...
Tu yang dapat call dari pak guard tadi. Nasib aku jawab. Kalau tak sampai balik la aku punya keta parking tak senonoh.
Ok la. Aku banyak benda nak buat ni. Proposal pun aku tak buat lagi. Nak buat kursus kat BTN. Nak kena jadi AJK untuk KP nak datang lagi. Fenin... Fenin....
Balik ni makan patin kot. Setelah membuat status bahawa aku merindui patin masak tempoyak. Muakakakaka... Abah sungguh sayang anakandanya yang mengada-ngada ini.
;p;p;p
No comments:
Post a Comment