SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, January 20, 2016

Rajin Berbento

Aku kekaguman tengok mak-mak yang buat bento kat anak yang cantik-cantik. Siap ada muka bagai. Mata la. Aku? Idok le menyempatnya nak kelebet semua tu weh.

Tapi since Amir masuk sekolah belum lagi la aku miss buatkan bekal tu. Amir pulak jenis tak makan nasik pagi-pagi. Dia nak roti je. Nasi goreng pun tak makan. Ntah sejak bila tak makan nasi goreng aku pun tak tau. Dulu selalu nau suh masak. Sekarang nak tengok pun tak nak.

Jadinya bekalan roti gardenia perlu selalu ada kat rumah. Selalu aku buatkan burger, roti telur. Kadang-kadang nugget n fries. Nugget kat sekolah seketul 60 sen ok. Baik la aku goreng sendiri.

Pagi tadi gigih Kak Mot korang masak pizza. Pizza roti gardenia nama dia. Hahaha... Aku igt nak menguli. Tapi terbangun pukul 4.45 celah mana sempatnya. Sat lagi tak pi keja pulak. 6.30 memang dah kena kuar pi keja atau selamat la punch card merah kan.

Ada pulak nasik lebih meh la masak nasik goreng. Untuk bekalan diri sendiri.


Langkah penjimatan jugak la bila Amir masuk sekolah kan. Dengan ummi dia sekali bawak bekal. Hahahaha!

Memang kena berjimat pun sekarang. Bajet ofis kena potong kaw-kaw. Lebih 70%. Tak mau cakap banyak-banyak sangat. Karang kena surat tunjuk sebab mati la nak. Huhu..

Berbento la Kak Mot setiap hari lepas ni. Or puasa je. Baguih la. Kuruih sikit. Sekarang pun dah mendebab. Kain baju kurung pun dah sendat-sendat.

Nak kuruihhhhhh....
 

2 comments:

mamaelly said...

kite pun tak serajin mummy2 yg lain tu.lagi2 skang isya kat kindy ada sediakan makan.pernah bawakkan bekal.tp dia makan yg cikgu bg dulu..last2 bekal tak makan pun.huhu tahun depan kompom kena bwk bekal kalau dah nugget seketul 60 sen

aMiYs said...

mamaelly - kat kindy dulu mmg tak bagi bekal pun elly.. tp sedih sgt tengok makanan kat sekolah tu... huhu.. maka gigih la omak eh buat bekal.. nasi sepinggan kecik n 3 hiris ayam pun dah RM2... bkn isi ayam sgt pun.. lelemak ayam je..