SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, January 8, 2016

2016.. Anak Dah Darjah 1

Dah tahun baru 2016. Apa azam tahun baru kome? Aku? Nak kurus tu adelah azam dari tahun 2011 lepas beranakkan dak debab lagi. Hahahaha! Masih top list tu. Sebab aku bukan makin kuruih. Makin bulat pulaknya. Makan apa pun tak tau. Hahahaha!

Lain-lain punya azam? Nanti la fikir. Aku busy sampai tak terfikir nak listkan azam apa. Asalkan apa yang aku nak buat berjaya Alhamdulillah la tu.

Busy la pasal tahun ni Amir masuk sekolah. Kelam kabut hoih siapkan barang dia. Dok pikir macam mana nak sekolah agama. Dia nak pi sekolah macam mana. Stress tau. Sebab laki bini dedua keja jauh dari rumah. Rasa nak berenti keja je aku bila fikir.

Dah la hari first sekolah time balik tu Amir hilang. Aku suruh tunggu dengan sepupu dia Fik n Yana. Tunggu aku datang amik. DIa pi ikut cakap sepupu dia lagi sorang si Tina. Pi naik van. Macam nak luruh jantung tau cari dia tak jumpa kat sekolah. Nasib la sekolah transit dia call tanya. Rupanya dia turun sana. Tak sempat marah dah melalak dulu. Huhu... 

Aku memang nak berbisnes la. Kalau dah mantap memang aku nak berenti keja. Rezeki ada di mana-mana kan. Daripada aku stress kat opis kena dengan bos, stress pikior anak-anak lagi. Baik la aku stress dengan anak-anak je. Stress banyak lama-lama sakit. Siapa yang susah. Bos bukan amik kisah pun.

Dah, get ready nak balik. Gambar Amir pi sekolah ada kat fb n ig. Aku malas nak cari dalam henpon nak tepek sini. Ada benda nak siapkan.

K, Bai.
 

2 comments:

Sharinginfoz said...

memang kekadang dapat boss yang boleh peningkan kepala kita kan, anyway semoga yang terbaik for u

aMiYs said...

tq sharinginfoz :)