SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 11, 2011

Apa-apa Aje

Assalamualaikum

Hari ni masuk opis lambat. Kaki cramp lagi. Padahal minum susu tetiap hari dah. Lepas tu kepala sakit gila. So, cool down kejap kat rumah. Apakejadah nak drive dengan sakit kepala n kaki. Orang bawak kereta atas jalan aku pulak bawak kereta dalam longkang je karang.

Kat opis pulak berselirat kepala tengok perangai hero sorang ni. Dah abes sesi warm up. Dia dah menawaf 1 opis. Lepas tu bagi air suruh minum dia sapu kat muka. Tuang pulak atas baju. Abes basah dah 1 baju. Heeeee... Ummi dah nak jadi tarzan dah ni tengok perangai dia.

Tak takut dah orang kat opis ni. Selamba katak je pi tempat orang. Kalau dah pandai bercakap tu mau orang pening nak melayan dia. Sekarang dia cuma boleh cakap Boboiboy je. Kartun feveret dia. Tapi bila cakap Boboiboy buat gaya Ben 10 bertukar. Macam mana la tu???

Esok opah n tok wan Amir nak datang Shah Alam. Sempena konvo adik jantan aku. Adik sorang lagi konvo 19hb ni. So, aku nak tinggalkan budak bertuah tu kat opah dia. Hahahaha! Biar dia rasa. Asek nak menggelinjang ke sana sini kan.

Oh, sempena dengan gula naik harga semalam pi beli putu piring yang selalu RM2 dapat 5 ketul telah menjadi RM2 dapat 4 ketul sahaja. Pantas dan tuntas betul orang naikkan harga ye.

Ok la. Nak cari budak Amir yang dah merayap ke mana tah. Bertuah punya anak.

No comments: