SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 20, 2011

Rendang Ketupat Time Pantang. Buleh Makan Ke?

Amboi... Puasa pun belum aura raya dah rasa dah. Hehehe...

Budak bilik aku ni promote kuih raya dah. Aku nak beli tak sempat daaaa.... Kan due date aku nak beranak 1st day before puasa. Silap haribulan sebelum due date aku dah tersadai kat hospital. Macam mana nak collect kuih?

Kakak ipar aku pun hari tu dah bawak katalog kuih raya yang kawan dia jual. Siap dah rasa kuih muih tu tau pulak mana sedap mana tak. Aku tengok je la. Laki aku yang order. Sebab dia yang nak balun time raya nanti. Aku raya dalam pantang. Laki aku dah sound awal-awal kena pantang betul-betul.

Masa Amir dulu raya dalam pantang jugak. Tapi dah hujung-hujung pantang so aku sebat je la asal orang kata boleh. Pi rumah mertua adik ipar aku ada bihun sup. Aku sebat. Malam tu hamik la ko! Demam menggigil-gigil. Sampai sekarang laki aku dok ungkit lagi.

Tapi aku suka makan ketupat n rendang. Huhuhuhu... Boleh ke makan ek?

2 comments:

Intan & The Boys said...

ketupat kalau nak mkn ko mkn yang panas2. jangan makan ketupat sejuk tau! rendang plak dah tentu takleh mkn. ada rempah dan bersantan. huhu.

ejaMaria said...

tak galak... tak galak kan... :(

akak bersalin Luqman lagi 3 hari nak raya... masa raya tu mmg tengok org makan ketupat lemang rendang - kebil-kebil je la... :(