Assalamualaikum
Aku kat opis la. Ingat hari ni tak larat dah nak datang keja. Semalam balik keja teremo kejap dengan Abang Misai.
Semalam dia amik aku lambat. Ada keja nak kena settle. Plus hari ni dia ada KIK. Sape keja gomen tau la KIK tu apa. Aku bukan emo pasal dia amik aku lambat pun. Elok je semalam masuk kereta dok huuu haaa. Tetiba dekat KOMTAR dia bukak cerita.
'Tak lama lagi diorang nak naik roster. Kena naik kapal.'
Aku dengar dah lain muka ye. Sebab tau sangat dah. Kalau roster naik tu maknanya hidup laki aku ni jadi tunggang langgang la. Naik kapal 2 hari non stop la. Kekadang 24 hours la. Abes tu aku ni terkedek-kedek la sorang-sorang.
'Ummi boleh ke pi opis sendiri?'
Masa ni la start emosi aku dah terganggu dah.
'Bila roster tu naik?'
'Abang tak tau lagi.'
Haaa.. Ko.... Tak tau pulak tu bila roster nak naik. Sepanjang kat atas jambatan aku pandang ke laut je la. Boleh pulak tu air mata turun tetiba. Macam kan kena marah. Emosi melampau betul. Abang Misai cakap dengan aku pun aku buat tak tau je.
Aku tengah dok pikir macam mana nak pi keja ni. Sekarang aku memang dah tak larat. Pagi petang sakit kepala. Semalam pun sebab emo agaknya jadi stress terus aku rasa nak pitam je. Jalan pun hoyong hayang. Camne nak drive sendiri gitu? Dah la asal balik je dok dengar laki aku dok bebel sebab jammed. Cer aku yang hadap sorang-sorang dengan perut terboyot ni?
Bukan setakat kena drive sorang-sorang. Amir pun aku kena handle sorang-sorang la jawabnya. Budak bertuah tu bukan boleh dengan ummi dia. Drama lebih. Kalau dengan abah dia behave bukan main.
Takkan nak amik cuti awal kot?
No comments:
Post a Comment