SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, September 1, 2010

Saya sudah di Shah Alam

Assalamualaikum :)

Selamba badak masuk lewat pagi ni. Lepas tu berselerak la opis call tetiba ada meeting kat Batang Berjuntai eh dah tukar nama Bestari Jaya pukul 2 karang.

Amir semalam melalak-lalak nak ikut balik. Dia pantang tak nampak muka ummi dia sekarang ni. Aku pi mandi pun menangis sungguh-sungguh sampai tersedu sedan. Bawak la sekali ke stesen keretapi.

Belum sampai stesen dia dah tido. Selamat la sikit. Kalau dia jaga mau kena angkut pi Shah Alam pulak. Tak nak lekang langsung. Huhuhu... Sedih la ummi macam ni. Dah la terpaksa mengeraskan hati tetiap kali nak balik ke Shah Alam.

Aku ada amik video dia jalan. Heeee... :D:D:D

Nanti aku upload la ye. Bz ni. Meeting tu nanti tah sape kena masuk. Confirm muka aku ni la yang kena kot. 

Dah la baru berangan hari ni nak masak sotong goreng kunyit. Semalam mak mertua masak aku makan sikit *sikit ke? hahaha!* sebab ala-ala malu kan. Hekhekhek... 

Ada la kena postpone pulak ni. Isk... Isk... Nak sotong goreng kunyit..... ;p~~




1 comment:

puterikurekure said...

sotong goreng kunyit? mak aihh..sedap tuuu~