Hari pertama masuk opis balik lepas 2 minggu kat kampung cuti raya. Mood keja pasti la masih di takat beku. Huhuhu...
Rindu betul kat Amir. Hari ni dia kena cucuk. Cucuk untuk setahun. Lambat sebulan sebab aku balik hari tu bawak dia pi klinik amik berat dengan tinggi je. Rupanya nak cucuk setahun kat klinik kesihatan kat kawasan rumah aku tu diorang set hari Isnin je pulak.
So, hari ni Abang Misai la bawak Amir pi cucuk. Jangan dia meragam dah la. Hari tu masa nak amik berat dengan tinggi pun macam kena dera punya la takut dengan orang lain. Peluk ummi memanjang.
Sambung la cerita raya ok. Raya tahun ni macam tak berapa meriah kot. Pada aku la. Sebab tekak aku ni tekak ala jawa. N family husband tekak utara memang sangat la tak matching ok.
Mak mentua aku masak kuah kacang dengan kari ayam aje. Dia pun tak berapa nak larat. Aku nak masak karang dia tak bagi. Hahahaha! Alasan.. ;p
Aku tak reti makan kuah kacang dengan nasi impit ye. Maka terima la kari ayam seadanya. Tekak pulak teringin sangat nak makan rendang dengan kuah lodeh. Simpan je la angan-angan tu.
Raya tahun ni aku beli jubah. Di samping senang main sarung je. Kelebihan jubah ni tak menyekat perut ko nak makan banyak mana pun macam baju kurung. Tak rasa sengkak. Hahahaha! Bernas tak pemikiran aku. Wakakaka! Lepas tu baru menyesal bila tengok perut macam pregnant 4 bulan hasil makan tak ingat dunia. *nanges*
Sebab bernas sangat Abang Misai pun follow idea aku dengan pi beraya rumah sedara mara pakai kain pelekat dengan baju melayu je. Konon boleh terus solat Jumaat. Cet! Dah la aku nak belikan baju melayu pun dia tak nak. Dah tak sedondon dengan aku n Amir.
Keluar rumah pi ziarah kubur arwah pak mertua aku dulu. Lepas tu ke rumah pakcik makcik laki aku. Dapat dipastikan hidangan utama dari rumah ke rumah adalah laksa ye. Huhuhu... Aku nak makan rendang. Wuwuwuwuwu...
Ada la pi beraya 3 buah rumah. Lepas tu balik sebab petang tu Abang Misai keja. Bosan kan. Malam tu akak aku ajak pi rumah tok aku laju je aku ikut. Dengan Amir sekali aku angkut.
Kaki Amir dah tegap dah. Merata dia berjalan. Belikan pulak kasut raya ada lampu lip lap. Lagi seronok la dia nak berjalan. Petang-petang je tarik tangan ummi dia ajak tawaf 1 jalan kat rumah tu. Lepas tu main pasir. Huhuhu....
Tu je la raya aku tahun ni. Dengan laki kena keja. Nak berjalan pun susah. Tahun depan sila amik cuti siap-siap ye suamiku. Kalau tak nampak la muncung sedepa aku ni tahun depan. ;p;p;p
No comments:
Post a Comment