SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, September 21, 2010

Hari ni melayang 1K :(

Hujan lebat gila-gila dekat Shah Alam ni. Drive pun nampak blur je.

Settle dah aku renew road tax n insurans. Tapi menunggu tu punya la lama. Aku sampai 12.30, settle dalam 2.40 gitu. Ada pakcik tu siap komplen dekat kaunter dia tunggu dah 2 jam baru nak panggil.

Nak kata orang ramai sangat tu tak la. Tapi sebab kaunter yang bukak ada 2-3 je. Lagi 5 kaunter tu elok buat hiasan je. Huhuhu...

Lagi 3 hari road tax siap. Abes la terbang 1k tadi. Hukhukhuk....

Esok pulak aku nak kena pi cabut gigi yang sakit sebelum raya hari tu. Kelmarin abah aku takutkan aku pulak. Dia kata ada sorang makcik ni meninggal pasal cabut gigi. Rahang terjatuh doktor tak perasan.

Mulut makcik ni tak boleh tutup. Nak makan pun tak boleh. Doktor tak dapat detect apesal. So, sebab tak boleh makan masuk drip aje la. Elok je doktor dapat detect rahang dia jatuh tak lama tu terus meninggal.

Huhuhu... Perlu ke tak payah cabut. Nanti sakit lagi la aku rasa macam nak terajang orang je. Hari tu pun sampai menangis menghempas-hempas aku tahan sakit.

Betul ke rahang boleh jatuh kalau cabut gigi?




3 comments:

Suliana said...

makcik tu dah tua kot. mcm2 pnyakit. tawakal je la ye.. insya-Allah tak de apa.. :-)

Mak Su said...

x penah dgr kisah rahang tercabut, alamak, scarynyer....

Lizzie Yasmin said...

ish, tak pernah plak dgr rahang jatuh bila cabut gigi.. agak nya nenek tue dah tua and pi bedal daging kambing liat, tarik smpai rahang smpai jatuh..