SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, September 20, 2010

Berkhidmat untuk negara..... la sangat......

Aku kan kalau boleh malas sangat nak buat entry marah-marah, merungut segala mak nenek. Especially bab keja.

Tapi aku tengah berbulu je ni. Naik-naik keja berlonggok tu aku tak kisah. Memang fadan muka la kan cuti lama-lama.

Yang aku kisah sebab ada function 2 minggu berturut-turut hari Ahad. Lepas tu memang muka aku ni la kena aim suruh pi. Just sebab perkataan kat situ registration untuk sistem dot dot dot... 

Ahad ni n ahad depan. N ahad lagi depan aku kena pi PD pulak ada perjumpaan untuk pegawai anak-anak tiri kat jabatan lain ni. So, cuba bagitau aku bila masa aku nak balik kampung?

Bila aku nak jumpa Amir yang dah cerdik. Dah pandai merajuk dengan ummi. Dah pandai cakap 'amau' (tu maksud dia tak mau).

Kalau orang kesian condition aku ni tak apa. Ni setakat faham tapi tak kesian. Bukan tak ada orang lain boleh pi. Tapi semua pun nak elak. Dengan keadaan sebagai anak tiri ni lagi la kan. Memang harus la ko jadi macam bawang merah tu.

Aku emo.

Dah, malas nak membebel. Kejap lagi mau angin naik kepala. Dah la hari ni puasa. Kurang pahala puasa aku.




No comments: