SaYa SayaNg AnDa :)

Sunday, September 19, 2010

Rindu sama Amir yang sangat bijak

Salam

Sungguh tak ada mood hari ni. :(:(:(

Aku dah ada dekat Shah Alam. Semalam lagi dah sampai. Drive all da way non stop dari hentian Juru ke Shah Alam ye. Sila kagum dengan aku. Macam nak cramp kaki aku. Lepas tu kejar adik aku yang drive laju gila babun. Bawak kelisa tapi press minyak sampai 140. Apekah???

Stop kat hentian Juru tu pasal nak makan. Aku kebulur. Dari hentian Juru pukul 1.15 camtu. Sampai Shah Alam pukul 4.20. Korang kira sendiri berapa jam. Aku bab mengira memang tak suka ok. Nak congak lagi tak suka. Huhuhu...

Jalan pun clear. Tak jammed. Alhamdulillah la. Laki aku dah takutkan aku kata jalan mesti jammed la, ape la. Heee... Dah la aku kat jalanraya ni memang mulut puaka tebing hiway je. Hahahaa!

Eh, aku tak ada mood la. Sebab rindu kat Amir. Amir dah bijak sangat. Sob.. Sob.. Lagi sedih la aku nak tinggalkan dia.

Bayangkan sepanjang aku kat kampung dia memang melekat aje dengan ummi dia ni. Ummi pi mandi dia melalak. Ummi nak memerut dia pi intai dari bawah pintu toilet. Hahaha!

Ummi pi dapur nak makan dia ikut. Mana ummi pi semua dia ikut. Abah dia ada pun dia tak heran. Nak dengan ummi je. Siapa yang tak sedih. :(:(:(

Pagi tadi bangun pun Abang Misai kata dia dok tunjuk-tunjuk tempat aku selalu tido. Asek panggil-panggil. Sebab dia tak reti nak panggil ummi dia panggil aku ma. Sehari ni keja dia melepak je. Selalu pagi-pagi dah terkinja-kinja nak ikut abah naik motor. Ni baring je kat katil dia.

Sedihnya ummi teringat kat Amir. Nak meleleh air mata baca sms Abang Misai yang Amir dok cari-cari ummi dia. Jenguk-jenguk dalam bilik tapi tak jumpa. Waaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Aku sedih sangat ni. Aku rindu gila kat Amir. Aku dah nangis ni. Tolong pujuk aku. :(:(:(

Sob... Sob....

Notatapaktangan : entry sume takde pic... Malas nak upload sebab mood ke laut.... Rindu sangat kat Amir.... :(:(:(




2 comments:

@e_da said...

tak sampai hati nak baca... kesian amir cari ummi dia... auntie plak nak nangis!!!!!!... uwaaa

Intan and The Boys said...

percayalah. kita baca ni pon mata dah berair2. sedihnya la hai bila anak dah sdar kita takde kan.