SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, September 24, 2010

Makan besar lagi :):):)

Assalamualaikum :)

Selamat pagi Jumaat yang mulia. :):):)


Hari ni lambat sikit aku update. Sebab sampai opis perut terus memulas-mulas. So, toilet la tujuan utama. Huhuhu...

Kotor la pagi-pagi cerita pasal toilet. Hahaha!


Semalam staf aku cakap hari ni diorang nak buat pot luck. Ala, bawak makanan masing-masing masak tu. Takkan la tak tau kan.

Mula-mula aku fikir nak bawak roti gardenia je dengan 1 tin susu. Muakakakaka! Gila kedekut la bos diorang ni kan. Ahaks. Tapi sedap apa makan roti dengan susu pekat manis tu. Lemak berkrim disukai ramai. ;p


Lepas berhempas pulas memerah otak pikir nak bawak apa terus zas zas zas sms adik aku suruh dia belikan barang. Sebab semalam dia keluar dengan adik aku sorang lagi. Aku pulak dalam kereta dah dekat sampai rumah baru teringat staf aku kata nak buat pot luck tu. Huhuhu...

Hasilnya setelah memerah keringat petani malam semalam n pagi tadi ini la yang aku buat.....



Tau tak apa ni? Takpe, bagi hint lagi. Hehehe...
 Haaaa... ni pulak apa?

Yeee.. aku masak spageti. Sendiri tanya sendiri jawab je la. Hahaha...
Senang kot masak spageti ni. Tak renyah sangat. Sebab aku buat main campak je. Hehehe... Sedap tak sedap kalu belakang kira. Yang penting boleh makan.

Resepi spageti campak-campak aku:
  • Bawang besar n bawang putih (ikut suka korang nak banyak mana) dicincang halus
  • Halia (kalau nak letak. tak nak letak pun takpe) cincang halus
  • Daging kisar (aku selalu beli RAMLY yang dah siap pack tu)
  • sos spagetti bolognese (aku guna Leggos botol besar. Prego takde tanda halal pulak.)
  • frankfurter
  • cendawan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
Cara-cara masak:
  • Panaskan sikit minyak dalam periuk.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih n halia yang dah cincang tadi. Tumis sampai naik bau-bauan yang sedap tu.
  • Masukkan daging kisar. Aku memang masuk sebungkus tu terus. Sedap sikit banyak daging. Hehehe... Kacau-kacau sampai daging tu sebati n nampak dah takde macam mentah-mentah tu.
  • Dah rasa puas hati masukkan pulak sos spageti tu. Aku selalu campur air sebab nak banyakkan kuah. Tapi agak-agak la. Karang cair melampau pulak jangan salahkan aku bagi resepi tah apa-apa. Hahaha!
  • Letak sikit garam dalam kuah tu bagi ada rasa. Jangan letak sebungkus. Aku tak jamin korang kena darah tinggi eh.
  • Masukkan pulak frankfurter n cendawan tadi sebagai bahan sampingan. Nak kasi meriah kuah spageti tu je. Hahaha! Selalu aku buat gitu la. Nampak macam dah boleh makan tu korang tutup la api.
Amacam, senang je kan. Aku memang nak senang guna sos spageti dah siap dalam botol tu. Tak reti la aku nak buat tradisional guna tomato puree segala mak nenek daun apekejadah nama dia tu.

Dah buat kuah tu jangan lupa rebus spageti pulak. Apa korang nak makan kuah je ke? Spageti selalu aku rebus dengan sikit garam n minyak 2 sudu. Nak kasi rasa n tak lekat-lekat.

Yang atas ni aku tak masak. Hahaha! Semalam adik aku beli. Sempena celebrate birthday aku kata dia.

So, itu saje dari chef takde tauliah Amiys. ;p;p;p

Notatapaktangan : staf aku pun bawak spageti rupanya. Kalau aku tau aku bawak je roti gardenia dengan susu tu. Huahuahauahua!





No comments: