SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, September 24, 2010

Sugar glider

Ahad lepas kan aku baru balik dari Penang. Bawak la abah aku jalan-jalan kat pasar pagi kat stadium tu.

Tetiba nampak menatang ni kena jual.

Image:cdt to wikipedia

Terus rasa macam holoh holoh holoh... cutenyaaaaa la kamu ni. Rasa nak bela. Aku ni memang suka haiwan. Except cicak dan menatang yang sedia maklum orang tak suka macam lipas n so on la.

Tanya harga terus rasa nak pitam. RM300/ekor. Erkkk!!!!

Menatang tu namanya sugar glider. Tukang jual tu kata tupai terbang. Hehehe... Tupai ke? Aku tengok wikipedia, sugar glider ni tergolong dalam golongan gliding marsupial. Tetiba teringat kartun marsupilami. Marsupilami! Marsupilami! Hahaha! Ni la kalau otak kartun.

Ada sesiapa bermurah hati mau menghadiahkan sugar glider comel kiut miut ni kat aku tak? Birthday aku baru je lepas ni. Hehehe...




1 comment:

Kyuubi_85 said...

ahaha comelnya! :) mana lak nak cari binatang ni?