SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, September 22, 2010

Melayan Amir berjalan :):)

Wooohh... tetiba keja banyak. Huhuhu...

Petang karang la baru pi klinik. Nak pi sekarang bos tengah rajin mencari. Semalam pun tengah dok menyuap bos panggil mengadap.

Jadi mari la menyelitkan pic anak bujang aku masa kitorang pi ikut abah dia ke opis untuk release tensi.

Abaikan muka ummi yang kembang setaman. Huhuhu... Baru lepas raya la katakan. Mencekik tak ingat. Mau tak kembang.

Background tu laut. So, cuba teka kat manakah kitorang. Hahaha! Tempat keja laki aku mengadap laut ni la. Bau laut busyuuukkkk... yeck yeck yeck....

Ni masa tunggu abah dalam kereta. Lama sangat tunggu tu yang pi keluar sebab ini budak tak reti dok diam. Semua barang dia campak-campak. Ummi nak tido pun tak boleh.

Tengok pic ni terserlah kekurusan anak aku kan. Tengok la lengan dia. Dia asal makan je muntah. Nak minum susu je. Dah aku nak dekat balik tu baru la dia nak makan dengan aku. Amir suka makan spaggeti. Nanti ummi buatkan lagi ye.

Ummi dah tak larat nak tengok Amir main campak-campak barang. Lepaskan dia jalan kat luar.


Masa ni lagi best. Amir korek-korek tanah dalam pasu tu. Itu tak apa la lagi. Lepas tu dia terjumpa seketul tanah elok je bulat besar macam kuih raya. Terus ngap! Dia masukkan dalam mulut.

Hohohoho! Terus ummi jerit macam tarzan kat situ. Hahaha! Amir.. Amir.. Tanah tu dia ingat kuih raya. Terkena sikit la kat mulut tu.

Dah dapat kaki ni memang tak reti dok diam. Berjalan je ke sana sini. Jatuh pun tak nangis. Bangun balik sambung jalan. Kemaruk jalan pulak. Hahaha!

Ummi miss u so much....



3 comments:

makdara TERDIVA said...

hy amys..

mmg penat melayan anak2 yg baru dpt kaki ni..mau kurus dibuatnye..

tp kannnnnnn..akak totap gebu walaupun anak sume lasak2..huwaaaa

puterikurekure said...

amir dah kurus la...amir makan banyak2 sket ye. haritu amir timbang brape kilo yang?

aMiYs said...

makdara terdiva - hehehe.. gebu tu sedap peluk.. ;p

intan - timbang hari tu 9.5kg je.. naik 0.5kg.. huhu..