SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, January 9, 2013

White Coffee

Assalamualaikum

Aku rasa aku perlu kembali aktif berblogging sebab aku tengah stress gila babun kalau tak menaip aku boleh jadi gila!

Ok, mukadimah tak bersesuaian tajuk. Back to topic please.

Ye, aku sekarang tengah ketagih white coffee. Padahal kalau minum kopi ni aku rasa pening-pening. Semenjak dah kertu ni makan pelik-pelik sikit dah pening. Eh, bukan dari dulu pun aku macam tu ke? Hahahaha!

Asalnya aku teringat white coffee kat Pak Li Kopitiam Shah Alam tu. Adik aku la ni *salahkan adik pulak*. Dia suka sangat minum white coffee kat Pak Li tu. Aku rasa-rasa sikit. Lepas tu bila dah balik Penang asek la teringat. Demmmm....

Sebab sini tak ada Pak Li Kopitiam n aku tak berkenan nak mencemar duli  masuk kopitiam lain maka mari la cari instant white coffee. Ala... Yang paket bancuh siap terus minum tu.

Setelah mengsurvey sampai nak terkeluar bijik mata dekat rak kopi aku pilih jenama ini.


Brand In-Comix. Sedap la jugak. Tak salah pilih aku rupanya. Hahaha! Syabas bette! N tak kedekut kopi. Bila dah bancuh rupanya begini...


Suka sebab ada buih-buih tu. Hehehe.... Bukan aku goncang ke apa. Tapi memang berbuih halus-halus tu. Ai loikeeee.... :)

Brand lain aku tak try lagi. Ada sekali staf aku bagi Chek Hup. Err... Betul ke aku eja tu. Tapi In-Comix ni memang lagi sedap. Kaw-kaw punya la.

Ada lagi 10 sachet aku nak kena perabes. Sementara tengah gila kopi ni boleh kot. Tapi selang-selang hari la aku amik. Sat lagi ada pitam sebab migrain terlebih minum kopi. Hahaha!

Ok, itu la entry merepek untuk hari ni.



1 comment:

Mommy Pinky said...

assalamualaikum amiys, tq inform comment box tak keluar. hehee..

& nmpak sedap plak kopi tu. dulu suke minum kopi time study, skrg suke air suam je kot - tgh berpantang la katakan ;)