Sekolah Amir buat hari sukan hari Isnin lepas, 30 haribulan. Gigih la Umi depa ni amik cuti. Ye la, nak tengok anak bersukan. Kena pulak Amir masuk 4 acara. Semua larian. Hoihhh... Atlet sangat anak aku kan. Semua acara larian hang sapu.
So, seawal subuh di hari Isnin aku dah bangun mandi siap buatkan milo n suruh Amir makan nasik lagi. Tetiba jadi umi penyayang. Sebelum ni kalau mengamuk kalah mak tiri. Hahahaha! Dah katanya nak berlari harus la ada tenaga. Bagi minum milo agar anda jadi sihat dan kuat! Aku tak anti milo macam yang viral resdung salahkan milo tu ye. Aku masih berpijak di bumi nyata. Sental milo macam makan nasik dah sakit salahkan milo. Ape daaa.
Elok aje Amir nak pi sekolah hujan pun turun. Takpe la, maybe sekejap je kot (hati aku berkata-kata). Amir pi sekolah naik van. Mira debab yang dah tak debab tak ikut pasal cikgu depa kata darjah 1 dengan darjah 2 tak payah mai. Siapa mai cikgu nak ikat (boleh macam tu?). Patut la beria aku ajak Mira tengok abang dia berlari dia takmau. Takut dengan cikgu lagi banyak dari takut Umi dia. 😑
So, sementara tunggu hujan turun aku duduk la dekat rumah. Tengok jam pukul 8, hujan tak berenti lagi. Pukul 9, eh lebat lagi. Pukul 10, bila hujan nak berenti ni senah. Pukul 11 nampak macam dah renyai-renyai. Aku haruk je la. Lagi pun naik kereta kan. Dalam kereta ada payung. Gigih la sampai sekolah pukul 11 tu tengok bebudak buat persembahan perbarisan kat kantin je nok. Huk aloh. Nampak la anak aku dengan gembiranya main jalan-jalan kat padang yang bertakung air lecak tu. 😤
Habis je persembahan perbarisan terus dengar announcement cikgu acara larian ditunda ke hari Jumaat sebab padang becak n licin n hujan pun tak berenti lagi. Adui laaaa... Kegigihan omak amik cuti ni macam mana pulak. Apak depa tak mai tengok pun. Pukul 12 baru balik rumah dari keja malam sebelum tu.
Amir nak suruh aku mai tengok dia Jumaat ni. Tak dapat la nak amik cuti lagi nak oiii... Bos jeling je karang. Kesian Amir. Harapnya laki akak dapat la pi tengok anak dia berlari. Ni la lagi kuat rasa nak berenti je keja dok jaga anak kat rumah ni. 😭😭😭
No comments:
Post a Comment