Eh.. dah lama tak update. Hahahaha! Beria la siap ada part 1 untuk trip ke Cameron. Kesudahan nak update part 2 sampai berjinggut. Memang tak boleh buat cerita bersiri langsung. Kahkahkah!
Siap boleh pi Cameron lagi sekali pun tak update jugak. Ahahaha! Ok, aku bukan la gila Cameron tapi sebab orang dah ajak maka aku pi la jugak. 24hb lepas pi lagi. Tapi kali ni trip anak beranak ipar duai pulak kekdahnya. Tapi trip dengan kak ipar ni disaster sangat jadinya bila balik. Time nak pi pun dah disaster.
Masa nak naik atas kereta laki aku buat perangai. Nak sampai brinchang dah ni. So, turunkan mak mertua naik dengan kak ipar aku. Kami anak beranak turun balik sebab laki aku tak berani nak terus. Sat lagi ada berumah tangga kat Cameron. Turun la kami dengan tangisan Amir pasal tak puas hati Tobot Y kalah. Huauhauahua!
Kat Simpang Pulai laki aku cari bengkel. Kereta dia pulak pasang NGV. Kena cari bengkel NGV la. Bengkel yang kat Cameron tu tak berani buat. Masa nak turun tu ingat lepas ke bengkel nak shoot balik je. Tapi laki aku kesian pulak kat Amir.
Pi bengkel pun orang bengkel tak reti nak troubleshoot. Cuma dia agak pam kereta problem. Nak tukar pam takde sparepart. So, dia cakap try bagi minyak full. Ok, laki aku pun gigih la penuhkan tank. Lepas tu boleh pulak dia nak try naik lagi. Sukati ko la bang. Bukan aku yang drive. Memang la try sampai gak ke atas. Tapi masa dah betul-betul kat Brinchang tu boleh kereta buat perangai balik. Heeeee... Berbulu aje aku kan.
Sampai homestay, dengan aku lembik. Dia pun lembik. Amir muntah sebab pening berpusing turun naik sampai 2 kali kan. Malam tu memang bebudak 2 orang tu ikut kak ipar aku je la pi pasar malam. Aku tak larat. So, kesimpulan pi Cameron saje-saje nak penatkan badan je laki aku ni.
Esoknya pagi-pagi buta dah blah pasal kereta tu tak ok kan. Kak ipar aku gerak lambat. Yang jadi disasternya bila sampai rumah, aku keletihan n tido. Bangun tido badan panas. Demam rupanya. Pi klinik dapat MC sehari. Isnin tu demam dah ok. Cirit birit pulak dengan pakej muntah. 3 hari cirit non stop.
Tak tau la pasal apa cirit birit. Yang pasti aku sorang je yang jadi camtu. Laki aku ok, mak mertua ok, Amir ok, Hana ok. Sambung cuti n MC sampai rabu. Khamis mai opis jalan pun tak betul. Melayang-layang je badan.
Hari ni kira baru fully ok badan aku ni. Memang tobat la aku nak pi Cameron dah. Setakat nak strawberry cari je la kat Tesco ke, Giant. Lagi pun sekarang sangat la jammed kalau naik atas tu. Dah la kereta pun stok manual kan. Sado kaki akak tau. Hahaha!
Tu je la cerita Cameron. Aku langsaikan jadi part 2 n wassalamu terus.
No comments:
Post a Comment