SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, September 11, 2015

Trip To Cameron Highlands - 1

Sabtu lepas ke Cameron. Tido 1 malam n balik Ahad dalam pukul 2 petang lepas merayap merata. Last tempat merayap adalah Lavender Valley tu. Aktiviti seksyen ofis. Anak buah kat ofis teringin jalan ramai-ramai ke Cameron. Aku kan ketua, so takkan la tak pi kan.

Berangkut la anak beranak ke sana. Sabtu pagi nak pi tu laki aku pulak demam. Aku take over drive. Dah dak debab Hana mengamuk ok. Dia tak nak ummi dia drive. Nak abah je drive. Tapi dah demam panas cenggitu karang orang drive atas jalan laki aku drive dalam longkang. Nak tak nak lantak ko la nak ngamuk situ dik.

Katanya konvoi beramai-ramai. Tapi aku gigih merempit. Wakakaka! Stop Sungai Perak n kumpul balik kat sana.

Stay kat hotel Titiwangsa. Untung hotel kat sana tak payah pasang aircond. Ahahaha! Sampai Cameron dalam pukul 1 lebih gak la. Jammed hoi kat atas tu. Cramp kaki Kak Mot ni tau dok main gear 1 je. Nak masuk gear 2 pun tak lepas. Laki aku dengan bebudak syok je tido kan.

Eh, nanti la aku sambung. Keja banyak nak settle. Dah la aku ngantuk gila ni. Balik dari Cameron demam abah diorang berjangkit kat anak-anak pulak. Hamik ko aku terpaksa cuti dari Selasa sampai semalam. Tu pun tak berapa nak ok lagi budak-budak tu. Jadi selsema pulak. Tinggal ummi diorang je masih kental. Hari ni pun dah rasa tak sedap badan dah.

Jangan la aku pulak demam. Tak larat. Keja banyak.

T_T

 

No comments: