Assalamualaikum
Lambat aku update hari ni. Sebenarnya dah malas nak mengupdate. Kepala otak dah tepu, beku, semua la. Mood nak berblogging ni dah makin pudar sepudar semangat aku yang tak dapat pindah. Tu dah macam salah satu tanda depression dah. Hilang minat pada apa yang aku suka buat.
Pagi tadi kecoh kejap. Konon bos besar mengamuk kat aku. Heran la pulak kan. Tak ada angin ribut tetiba pulak nak mengamuk kat aku dah kenapa.
Rupanya bos kecik cuti tetiba. Dia pulak letak nama aku as pengganti dia untuk masuk meeting petang. Timbalan pun kebetulan EL sebab mak sedara dia meninggal. Pagi ni pulak ada meeting jugak.
Meeting pagi kat Tanjong Karang patutnya timbalan chair. Tapi dah timbalan EL turun la kat bos kecik. Bos kecik pun cuti dengan tetiba maka naik la nama aku diorang suruh chair meeting. Ehhhhh... Mana boleh. Meeting tu tahap bos kecik ke atas je yang kena chair.
Maka bos sudah hangen. Sebab tak ada orang langsung yang boleh chair meeting tu. Pulak tu dah jadi salah faham macam mana tah sebab aku kena ganti bos kecik masuk meeting petang maka aku la yang kena chair meeting pagi jugak. Ohh....
Bos mengamuk n suruh bos kecik cancel cuti, pi tanjong karang chair meeting n masuk meeting petang sebab timbalan KP yang jadi chairman. Hamik ko.
Aku yang nak mintak cuti 2 hari next week ni pulak tetiba tak berani nak mintak. Takut kena sembur dengan bos. Haiyoooo....
Seperti tersepit di tengah-tengah lor.
Eh, hujan lebat la kat luar. Macam mana nak balik? Kereta parking kat tempat tak berbumbung. Ish....
3 comments:
takpe... hantar borang cuti tu esok... lepas reda marah bos-bos tu...
eh... heran kejap la... dah tau ada meeting apsal cuti plak diorg tu ???
Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
Post a Comment