Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak update akhirnya aku kembali. Hahahaha! Dengan hidung tersumbat dan kepala yang sakit.
Hari Selasa aku tak update pasal pi Putrajaya. Ada meeting. Amir aku tinggal kat Kak Ita. Dok dengan orang dia behave sikit. Kalau dok dengan ummi macam nak pi berperang.
Time meeting tu dah rasa tekak dah sakit-sakit. N pipi ala-ala panas. Salam dengan orang dok laga-laga pipi time nak balik tu pun diorang dah kata pipi aku panas. Ok, aku memang ada rasa nak demam pun tapi tahan lagi.
Balik dari meeting terus berdesup pi tengok Amir. Masa tu dah pukul 2 lebih. Kepala dah mula pening-pening. Dengan Kak Ita sekali half day bawak Amir balik rumah. Tak masuk opis terus aku petang tu.
Selasa malam tu terus menggigil 1 badan aku. Yeee... Demam sudah melanda. Esoknya badan panas. Mintak tolong adik aku half day tolong jagakan Amir sebab aku dah lembik gila. Petang tu pi klinik doktor yang aku selalu jumpa tu dah abes shift. Ganti dengan doktor lelaki yang rambut serabai.
Doktor ni macam merepek je. Dah la kata aku selsema sebab resdung. Lepas tu macam nak jual produk MLM kat aku. Hoh! Tak suke ok.
Hari Rabu dapat MC. Tapi Khamis aku EL. Sebab still tak larat lagi. Masa balik dari klinik pun aku tak larat nak jalan lama-lama. Macam nak pitam. Checkup kat gomen pun berat aku naik 0.1kg saje. Nasib la tak refer kat doktor. Kencing kotor pulak tu. Hadoiii....
Hari ni gagah gak ke opis. Even kepala still berat n aku dah macam ikan bernafas ikut mulut sebab dedua lobang idung tersumbat. Dengan si Amir lagi. Nasib la ada sorang staff aku bawak gak anak dia baya Amir. Seronok la dia nak berkawan.
So, itu la kisah kenapa aku tak update blog sepanjang 3 hari ni.
Dan keja aku pun dah berlambak.
Buat keja dulu la ye. Daaa~~
1 comment:
Kat office ada nursery ke? Sian ko. Take care k
Post a Comment