SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 14, 2011

Semalam Ke Melaka

Assalamualaikum

Kat opis. Masuk lambat. Sebab aku tak boleh tido semalam. Batuk mengokol-ngokol. Time aku terbuntang mata tak nak pulak batuk. Elok aje aku baring tutup mata mula macam nak tercabut dada ni.

Sampai ke pagi aku batuk. Siap termuntah-muntah. Dada memang perit gila la.

Eh, semalam aku pi Melaka. Sempat lagi tu. Planning terkejut-terkejut je. Hehehe...

Pi Melaka balik hari aje. Pi kenduri adik Kak Ita kawen. Ingatkan boleh la jumpa Abang Misai. Dia sibuk nak keluar dengan kawan dia. Dah janji la, ape la. Macam la tak boleh jumpa kejap. Bukan nak ajak berdating pun. Nak jumpa kejap je.

Dah tetiba dia bagi alasan macam-macam. Lepas tu kata macam aku pulak planning berterabur. Masalahnya aku follow adik aku je. Tengah tak larat tak koser aku nak tinggal kat rumah berdua je dengan hero aku tu. Dah la melasak. Aku pitam kat rumah sorang-sorang karang lagi haru. Baik aku follow.

Sampai ke sudah tak jumpa laki aku. Aku dah malas nak sms lepas dia kata dia dengan kawan. Macam kan aku tak boleh menyinggah kejap kat tempat dia dengan kawan dia tu.

Merajuk. Sampai hari ni pun aku merajuk.


Kawan lagi penting kot dari bini dia ni.


Sob.. Sob...





2 comments:

PuteriKureKure said...

org lelaki memang camtu tau yang. alang tu pon kalau kawan2 siap macam org bercinta. sket2 citer pasal kawan2 dia je. macam dia sorang ada kawan.

zee nazeri said...

Sabar Amiys..bagi can la dia ngan kwn dia tu..last2 cari bini jgk la akhirnya..emosi mak yong mmg sensitif kan??