SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 28, 2011

Amir Dah Sihat

Assalamualaikum

Aku di opis. Sampai dari Penang pagi tadi. Cepat pulak adik jantan aku tu tercatuk kat stesen komuter. So, merasa la punch card suci je hari ni. Nguahahaha!

Semalam dalam tren pinggang sakit gila macam nak tercabut. Nak nangis pun ada. Lepas ni memang nak kena beli tiket tempat tido je la. Baby dah tak larat tersepit ummi duduk lama-lama.

Abang Misai kena pi Langkawi sampai rabu pulak. Hari tu kata Isnin je. Ni ada apa la kat Langkawi ni rajin benor ke sana ni... Hmmmmmmmm....

N Amir kena dok rumah Tok Su dia. Semalam adik Abang Misai hantar sebik je muka dia. Ummi yang sedih. Pi masuk bilik nangis. Sayu je tengok muka dia sebab dia dah manja dengan ummi.

Amir dah sihat dah. Dah boleh lari-lari macam biasa. Makan pun banyak. Senang hati ummi tengok Amir gelak-gelak sokmo.

Agak-agak bila la aku dapat pindah dekat dengan laki n anak. Kesian sangat tengok Amir asek kena tinggal.

 

No comments: