Assalamualaikum
Morning semua. Aku tengah sengkak perut ni. Pagi tadi sebelum pi keja makan nasik. Bekpes nasik tu. Pagi-pagi dah kebulur ok. Makan nasik lauk ikan patin masak tempoyak. Huiiii... Aku panaskan nasik je. Lauk tak panaskan. Teori aku adelah bila ko letak lauk yang tak panas atas nasik yang panas = lauk akan panas jugak. Hahahahaha! Memang stok nak kena lempang dengan lecturer math aku.
Sebelum pi keja menyinggah beli nasik untuk lunch pulak. Eh, nasik lagi. Aku kuat makan nasik la sekarang. Tapi kena makan sikit aje. Sebab perut tak muat nak masuk bebanyak sekali. Dapat free pisang. Aku amik 2 bijik terus. Sebijik makan dalam kereta time drive. Hari Jumaat kan banyak kedai makan sedekah pisang. Orang bagi kita amik je.
Sampai opis dapat nasik lemak pulak. Nasik lemak daun pisang. CC belanja. Terima kasih CC. Tak sampai setengah jam aku dah tibai sampai abes. Kena pulak telur mata tu kuning dia cair-cair. Memang feveret tu.
Murah rezeki hari Jumaat ni kan.
Oh, petang ni aku balik kampung. Tengok Amir. Abah dia kata badan dah susut sikit. Takmo makan sangat. Pastu still ada la cirit sikit.
Hmmmm... Tak apa. Ummi balik ni ummi bagi makan banyak-banyak kat Amir.
No comments:
Post a Comment