SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 2, 2011

Susulan Cerita Dalam Tren Semalam

Assalamualaikum

Nak taip salam tu pun banyak kali aku tersasul. Mengantuk yang amat. Huish... Sebab semalam aku dah macam orang merempat dalam tren bahana budak yang aku rasa nak sepuk kepala dia.

Aku bukan la alim sangat. N aku lagi suka tengok orang alim baik pakai songkok segala. Tapi semalam agak mendidih la aku kan. Tapi kenderaan awam kot yang dia buat macam keretapi tu dia punya.

Semalam naik tren tempat aku nak duduk tu ada orang duduk dah. Memang seat dia sebelah tu kot. So, aku duduk aje la macam biasa. Budak ni pakai songkok, baju ala-ala raihan gitu. Macam budak sekolah agama.

Elok aje tren jalan n aku duduk sebelah tu budak tu cakap sambil makan kuaci,

'Kak, boleh dok depan tak? Kalau orang yang dok situ datang nanti akak dok la sini balik.'


Dengan tak ada mukadimah salam ke, ayat penyedap kata mintak tolong ke, cenggitu je dia sound aku. Aku bengang dah la masa tu. Kalau dia rasa tak selesa kenapa dia sendiri tak beralih tempat. Ni mintak aku yang tengah mengandung ni pulak buat macam tu.


Tak boleh pikir ke kalau orang tu datang aku tengah tido dah orang tu nak kejut aku. Aku yang tengah tido sah-sah la bengang kan kalau orang kacau aku tido.


Bila orang check tiket lalu aku tanya la kot ada kosong tempat tido. Aku nak tukar tempat. Tambah duit pun tambah la. Tapi kena tunggu sampai Taiping pulak. Masa tu baru pukul 10 lebih. So, ada la dalam sejam lebih lagi. Aku pun tahan la mata even dah ngantuk n mamai-mamai.


Sampai je Taiping tetiba ada orang naik n tempat aku duduk tu seat dia. Aku bangun la nak beralih ke kerusi aku. Tengok baik punya dia landing songkok dia kat seat aku. Budak tu pulak bagus punya tido siap berselimut. Aku dah tambah dosa dah masa ni maki dia dalam hati. Nampak sangat tak nak bagi aku duduk balik tempat aku.


Aku dah la dengan tak tidonya menahan mata. Dengan sejuk tak selimut sebab pikir karang nak kena kemas-kemas. Dia sedap je tido. Dah aku kena cari seat lain. Tengok seat 2 kat sebelah tu kosong. Tapi rasanya ada orang sebab awal-awal aku naik nampak orang duduk situ. Pi makan kot.

Orang check tiket pun hampeh tak lalu time aku nak tanya tempat tido yang kosong.


Dah berjalan la aku dalam gerabak tu cari tempat kosong dengan bengang dengan mengantuknya. Geram oke.


Nasib baik jumpa tempat duduk yang tak ada orang. Tapi nak duduk pun serba salah. Kot la karang tren stop ada orang naik itu tempat dia pulak. Dalam hati dah doa banyak-banyak biar la seat tu memang kosong.


Alhamdulillah, sampai KL Sentral memang tak ada orang claim itu tempat dia. Pukul 1 pagi baru aku dapat tido. Terbangun pulak pukul 4 pagi. Sampai KL Sentral time turun tu berapi je tengok muka budak tu. Hnss! Hnssss! *gaya macam api keluar ikut idung*


Banyak je aku rasa nak bebel ni. Pada aku kalau dah diri sendiri tak selesa ko sendiri la kena beralih. Ni dah la susahkan orang. Lepas tu buat tak reti sikit pun. Bayar seat untuk sorang tapi tibai dok seat untuk 2 orang tu ko sorang je duduk.


Aku tau aku bukan muhrim. Tapi tak ada koser la aku nak gesel-gesel dengan ko. Lagi pun aku bukan pakai seksi. Nak berbogel jauh sekali la kan. Nak suruh aku kena humban keluar dari keretapi tu ke nak bogel-bogel? Kalau tersentuh pun berlapik. Tu pun kalau dah ngada-ngada sangat dok terkangkang besar-besar. Memang la tersentuh.


Balik-balik pagi tadi pulak berbulu dengar cerita adik aku pasal dia kena saman pulak. Tu nanti aku sambung lain. Aku nak rehatkan otak kejap.





2 comments:

Suliana said...

teruk betul budak tu.. klu aku pun mmg bgg bab2 macam ni. dulu selalu kena, mentang2 dia naik dulu..

zee nazeri said...

Amiys, mesti bdk tu tlebeh bljar agama tu...sbb tu jd alim tak btempat..