SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, March 15, 2011

Batuk Yang Teruk

Assalamualaikum

Dah petang baru update. Bz sikit. Ni baru nak bernafas ikut mulut sebab hidung kejap ok kejap tak.

Amir tah apa dia buat kat luar bilik tu. Pandai ngorat awek-awek kat luar tu. Bertuah punya anak bujang. Ikut perangai sape la tu.

Dah la tadi dia tumpahkan air oren atas meja. Disebabkan hari ni mood ummi baik so ummi tak bertukar jadi hulk la ye. Kalau tak dah selamat tangan tu kena kutil dengan ummi.

Malam semalam tak boleh tido lagi aku. Batuk macam nak tercabut diafragma la. Non stop. Sebab dah tak tahan sangat aku dok selongkar almari jumpa ubat batuk. Errr... Bahaya tak pada baby. Tapi serius la, teruk sangat. Sampai tak boleh tido. Terkencing-kencing la punya batuk tak berenti.

Dah lama kot tak kena batuk macam ni. Batuk jenis kalau aku buat keja semua tak timbul. Time elok aku nak baring tido mula la batuk tu melampau-lampau pulak.

Hari ni nak try makan madu pulak la. Kot boleh ok. Batuk yang teruk adelah sangat menyeksakan. Sebab dada sakit, kepala sakit, perut pun sakit jugak la nak menahan. Baby mesti dok rasa macam gempa bumi je dalam perut tu. Huhuhu...

Ok, mau sambung buat keja. Lalala~~

 

1 comment:

PuteriKureKure said...

aku dulu masa pregnantkan jaz sebijik cam kondisi ko ni. aku pakai petua sorang makhluk Allah ni (tak ingat sape) minum satu sudu kicap perah sket limau. terus esoknya ok batuk2 tu. ko try la eh. aku minum kicap manis. sedap sket. hehe.