SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 14, 2011

Pekerja Cemerlang Bulanan.. Hahahaha!

Selsema aku still tak baik lagi. Nak bernafas ikut hidung adelah tipis ye. Kalau tido malam mesti ternganga. Sampai kering tekak-tekak. Dengan batuk melampau-lampau. Macam mana nak hilangkan batuk ni ek? Pembawakan budak ke hape?

Kelmarin pulak hidung aku berdarah. Perasan time mandi. Masa nak buang segala hingus yang beraja dalam hidung. Hembus-hembus keluar darah sekali.

Panas dalam kot badan aku sampai jadi gini. Tambah pulak tekanan. Dengan menjaga hero yang lasaknya bukan main.

Ni adik aku pi bengkel kat Behrang pulak 4 hari. Sampai Khamis. Pengsan la aku dikerjakan dek hero sorang tu time tengah tak larat ni. Selalu adik aku la dok tolong tengokkan Amir. Time aku demam tu pun Amir tido dengan adik aku. Takut terjangkit demam aku dengan Amir.


Tadi time lunch Abang Misai call. Tanya aku merajuk ke. Tak la. Aku sukeeeeee sangat. Hoh! Mesti la merajuk.


Tapi bukan nak pujuk pun. Balik-balik aku jugak la yang salah. Tak bagitau dia awal-awal la. Dia keluar dengan kawan naik kereta kawan la.


Aku rasa dah bagitau kot aku pun main terjah je pi Melaka tu. Adik aku pun aku tengok relax lagi kat rumah pukul 10 baru iron baju segala. Ingatkan dia tak jadi pi. Sekali jadi rupanya. Aku pulak semalam dah lembik macam sayur layu dah. Nak menghandle budak bertuah Amir memang tak larat la sorang-sorang.


Dia pulak bukan tak boleh bagitau dia pi mana. Macam la kitorang tak boleh cari sendiri. Tak ada aku nak susahkan kawan dia tu la nak suruh cari kitorang pulak.


Dah la suara aku ni dah serak-serak macam tak nak keluar suara dah. Nak suruh aku cakap banyak-banyak pulak. Dah! Aku malas nak cakap. Suara dah hilang asek jadi tarzan kat si Amir.


Ni pulak lusa ada meeting. Bosannyeeeee.... Baru je dapat anugerah pekerja bulanan cemerlang tapi merungut macam-macam. Hahaha!


Ye, jangan tak caya. Aku dapat anugerah ok. Jumaat lepas bos bagi sijil tapi aku tak masuk pun bicara ilmu sebab jaga Amir. Tak tau pulak dapat anugerah. Tetiba staf aku naik bagi sijil je.


Ntah apa kriteria untuk aku dapat anugerah pekerja cemerlang aku pun tak tau. Sebab aku ni dah menunjukkan ciri kemalasan maksimum. Adekah sebagai penaik semangat atau perli? Hahahaha! Tidak la ku tau.


Ok la, pekerja cemerlang nak sambung tugas. Muekekeke.... Muntah... ;p~~







2 comments:

zee nazeri said...

Tahniah Puan Amiys..berkat mengomel takleh tukar, terus dpt anugerah..hahaha

miss nina said...

tahniah2..kene maintain la prestai.
boleh dapat cemerlang berkali-kali

get well soon sis