Assalamualaikum
Punch card aku merah lagi pagi ni. Cissss..... Pagi tadi sebelum bersiap tetiba pulak perut aku sakit. Memerut la jawabnya. Ye la, berapa hari simpan. Dah macam iklan dalam tv tu. Yang isi perut jerit-jerit mintak tolong sebab dah berapa hari tak melepas.
Lepas tu sakit pulak kepala. Tapi sebab tak nak lewat gagahkan diri drive. Kalau laki aku tau ni mau kena bebel. Nak buat macam mana. Dok sesorang kat sini pandai-pandai la bawak diri. Kalau ada laki dekat boleh la mintak tolong hantar.
Sampai sekarang kepala sakit. Sampai ke belakang tengkuk ni. Teringat lagi cerita Shutter. Hampeh betol.
Ingatkan dah gigih drive time pening tu sempat la punch card cantik tapi tidak ye. Cantik kaler lain ada la. Lewat 2 minit saje. Hadoi laaaa....
Hari ni balik kampung lagi. Ada sepupu nak bertunang. Plus amik Amir. Macam kan laki aku tak hantar. Muahahaha! Ye la, nak biar laki aku dengan Amir travel berdua je macam kesian pulak. Karang anak bujang tu buat perangai time abah dia drive tak ke haru. So, ummi berkorban la balik then ikut sekali.
Cumanya tadi macam ada orang nak suruh aku pi PD kot. Ada bengkel. Last minit kalu memang tak boleh la aku nak pi. Dah la nak kena tambah duit hotel RM200 sebab bukan level aku yang patut pi.
Semua pun bertolak-tolak ye. Yang timbalan pulak selalu bukan main lagi nasihat pasal keja. Aku ada hal pun kena gak pi kalau pasal keja. Tapi dia tetiba lak kata tak boleh pi sebab ada hal lain. Apa hal lain yang penting sangat la tu. Pandai nak mengelak je. Semua tolak kat orang bawah.
Dah, aku nak semak claim bebudak ni. Tata~~
No comments:
Post a Comment