Ni nak cerita pasal saman lak. Bukan saman polis. Tapi saman UiTM.
Adik aku la kena saman. Aku bukan student dah. Apejadah nak saman aku. Aku saman ko balik karang. Hahaha!
Dah la aku baru balik hari Rabu tu. Dengar pulak adik aku kata dia kena saman sebab bawak kereta aku. Eh, marah tetiba la kan. Tengok surat saman sebab tak ada pelekat UiTM.
Aku bukan hari-hari masuk UiTM tu ko nak suruh aku lekat sticker. Dah la tak tanya apa kat adik aku tetiba keluar surat saman. Berlonggok lagi bebudak student tu tak ada sticker selamba badak je masuk pun.
Setakat masuk dalam nak amik member pun kena beli sticker ke?
Pak guard tu memang gila kuasa la. Baru jadi guard kot. Seronok menyaman je keja dia.
No comments:
Post a Comment