SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, October 24, 2013

Manusia Sekarang Ramai Yang Dah Tak Ada Sensitiviti

Semalam aku tertido awal. Pasal mengantuk terlebih. Anak-anak pun aku paksa jugak tido awal. Hahaha!

Terbangun pukul 12 malam. Tengok la henfon. Terkedu aku tengok member kat group wassap share gambar. Gambar pegawai bank yang kena tembak kat kepala tu. Terus aku tak boleh nak tido.

Ni pi keja tengok dalam fb ada orang share gambar arwah tu yang kena tembak. Tak censored. Tak blur. Clear abes. Terfikir kejap aku, tak ada sensitiviti dah ke manusia zaman sekarang.

Tak kesian dengan family arwah ke? Gambar arwah yang macam tu tersebar merata-rata. Yang aku baca dalam paper setakat ni anak-anak arwah sendiri tak tau apa yang jadi kat ibu diorang. Kalau anak-anak tengok gambar tu tak ke hancur luluh perasaan diorang. Tak rasa ke macam mana perasaan kita pulak kalau jadi kat orang terdekat kita. Kita suka ke gambar macam tu tersebar merata-rata.

Yang paling bangang sekali ada yang like pulak tu. Eh, korang faham ke tak apa fungsi like tu? Aku confused ni. Gambar macam tu pun nak like ke. Macam suka pulak ye. Apa makna like dalam bahasa melayu? Suka kan.

Kalau nak share sangat pi share gambar penjenayah tu. Yang tembak mati orang tak bersalah pada dia. Takut ke nak share? Takut kena tembak pulak? Tu lagi bagus daripada share gambar mangsa yang menyedihkan tu.

Pelik-pelik sungguh manusia zaman sekarang. Sensitiviti out.

 

1 comment:

b3nz said...

aku x tenguk. tapi aku tahu sorang staff kat unikop classmates dgn arwah. aku baca komen je.. kesian, sedih n takutlah nak tenguk gambo2 ngeri.. huhuuuu


btw, apsal link aku kat tepi tu x berupdate 7 bulan ek? ahaahaa